Sumber Rujukan Globalisasi Anda

839 Individu Dapat Kerja Melalui PenjanaKerjaya Terengganu

PenjanaKerjaya Terengganu Membuah Hasil Pada 839 Individu

penjanakerjaya

KUALA TERENGGANU – Karnival PenjanaKerjaya Negeri Terengganu Tahun 2021 yang berakhir Ahad berjaya membantu 839 individu mendapatkan pekerjaan yang sesuai, sepanjang dua hari karnival itu berlangsung.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, seramai 3,665 pencari kerja hadir untuk temu duga bersama majikan di karnival itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 936 orang layak menjalani temu duga kedua dan seterusnya 839 orang berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan akademik serta kemahiran mereka.

“Ini adalah satu kejayaan yang membanggakan kerana penempatan 839 pekerjaan yang berlaku ini akan memberi limpahan ekonomi yang baik di dalam negeri Terengganu pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Karnival anjuran Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran yang berlaku ketika ini.

Sebanyak 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam karnival itu dengan kekosongan terbanyak adalah industri minyak dan gas sebanyak 3,998 kekosongan diikuti sektor perladangan sebanyak 2,500 kekosongan.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain: Aplikasi Khas Daftar Vaksin Rakyat Malaysia di Singapura

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More