Sumber Rujukan Globalisasi Anda

9 Resepi Minuman Sejuk yang Marvelous Untuk Berbuka Puasa

Resepi Minuman Sejuk! Bila tiba waktu berbuka puasa, sudah tentu minuman sejuk menjadi pilihan ramai dirumah tambahan pula seharian cuaca panas terik. Ni kalau ada bazaar, sudah satu kemestian untuk beli minuman sejuk. Penulis kurang sikit berminat dengan minuman sejuk tapi kalau anak-anak, jangan cakaplah. Memang tarikan dorang la minuman sejuk tu.

Bagaimana dengan korang? Ala…jangan sedih bazaar ramadhan tiada. Korang boleh buat sendiri air minuman sejuk khas untuk berbuka puasa. Lagi puashati, boleh buat lebih dan boleh minum lebih. Tapi…jangan lupa jaga kesihatan ya. Kurangkan manis.

Isi Kandungan

Resepi Minuman Sejuk

Di sini penulis ingin kongsikan 9 jenis resepi minuman sejuk untuk berbuka puasa. Semuanya adalah perkongsian dari Facebook yang penulis himpunkan jadi satu artikel. Jom pilih-pilih mana satu resepi minuman yang korang nak cuba.

1.Resepi Air Laici + Asam Boi + Lemon + Soda + Serai.

Bahan-bahan:

  • 1 Tin Laici
  • 1 Batang Serai
  • Asam Boi
  • 1 Botol Ice Cream Soda F&N Biru
  • 2 Biji Lemon
  • Campur semua sekali. Siap diminum.

    Kredit – Rani Hamid

2. Dragon mix fruit

Bahan bahan:

  • Buah naga merah
  • Buah mangga masak
  • Anggur manis
  • Laici tin
  • Susu pekat manis
  • Air masak
  • Ais

Cara-cara penyediaannya:

Potong dadu semua buah.
Campurkn semua bahan2 masukkn ais. Siap utk dihidang

Pewarna adalah dari buah naga.. Xperlu campur ape² pewarna

Kredit – Nur Farah

3. Resepi Teh Ais Cincau

Bahan-bahan:

  • Teh serbuk
  • Susu full cream.
  • Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
  • Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
  • Cincau.

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau

4. RESEPI AIR JAGUNG VIRAL

Bahan-bahan :

  • Air
  • Kordial Jagung secukupnya
  • 1 tin susu cair brand Ideal (ataupun apa-apa brand pun boleh)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 tin Jagung manis Ayam Brand dalam tin
  • Gula secukup rasa
  • Aiskrim vanila (optional)

Cara-cara penyediaannya:

Masak air bersama gula. Nisbah air dengan gula adalah bersamaan 1 kole air:6 sudu besar gula.
Masak air dan yang telah dicampur gula sehingga larut dan mendidih.
Masukkan kordial jagung secukupnya (atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran pun boleh).
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa.
Biarkan sejuk
Tuangkan kedalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya.

kredit – Marzi Food

5. RESEPI AIR LAICI SUSU

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair atau susu sejat
  • air gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • ais batu secukupnya

Cara-cara penyediaannya:

Satukan semua bahan dalam jug
jika suka boleh letakkan sedikit biji selasih
Hidangkan dingin

Resepi Oleh : HaSue

6. RESEPI JUS AVOCADO

Bahan-bahannya :

● 1 / 2 biji avocado – ambil isinya
● 1 cawan dlm 250ml susu segar – boleh guna mana-mana susu segar yang anda gemari
● 2 sudu makan susu pekat
● 2 sudu makan gula
● coklat cair..
.
Cara-cara penyediaannya :
1. Ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula
2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda
3. Dalam gelas,, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi
4. Tambahkan ais ketul dalam minuman

7. Resepi Katira

Bahan-bahan:

  • 1tin susu cair
  • 1tin susu pekat
  • 1 penutup botol esen pisang(ikut ukuran penutup botol esen)
  • Pewarna hijau
  • Gula secukup manis
  • Cincau
  • Biji selasih(rendam bagi kembang dulu)

Cara-cara penyediaan:

1)Masukkan susu cair,susu pekat,esen pisang,pewarna,air,ais dan gula.kacau dan masukkan cincau dan selasih

8. Air keladi lemak manis creamy
(anggaran 1 jug besar)

Bahan bahan 

  • Susu pekat 1 tin
  • Susu cair 1/2 tin
  • Garam 2sudu kecil (sudu kfc , jangan letak penuh)
  • Air panas 2gelas
  • Air masak 1liter (kalau manis boleh tambah)
  • Pati keladi cap layang layang 1/2 botol (buh lebih lagi sedap)
  • Pewarna ungu 2 sudu besar (biar jadi warna ungu gelap sederhana , macam ain punye
  • Cincau optional (nak letak boleh , Tak nak letak pun boleh its up to u)

Cara cara bancuh
Isi air panas , susu cair , susu pekat , garam , air masak , pewarna ungu , pati keladi , kacau sebati lpastu rasa .. Kalau mnis leh tmbah air masak lagi .. Bia ada rasa manis lemak gtu 

 last buh air batu n cincau siap  buat berbuka memang padu !!

Nota : kalau nak buat air jagung or bandung pun boleh .. Gune je resepi yang sama , cume bandung buh pati sirap jee n jagung buh pati jagung n add on pewarna kuning telur starbrand oke (lagi sedap buh sweetcorn dalam tin tu, yang orang buh dalam abc , cincau pun sedap)

kredit – Ain Rahman

9. RESEPI AIR SANQUICK HIJAU

  • Air biasa 1.5 liter
  • Gula 1.5 kg
  • Sunquick gold 165 ml
  • Perisa pisang 3 sudu besar
  • Pewarna hijau apple 3 sudu besar

Cara-cara penyediaan:
Masak air bersama gula sampai gula hancur. Masukkan sunquick dan pewarna hijau. Tutup api. Masukkan perisa pisang.

Cara sediakan air mereng:

Masukkan pati air yang dah disejukkan ke dalam jag atau gelas. Masukkan air sejuk dan ais. Siap!

Boleh jugak masukkan daun pudina atau buah laici ikut selera masing-masing ya.

kredit – Mardiana Mahadzir

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More