Sumber Rujukan Globalisasi Anda

9,411 calon SPM memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran

Tahniah Kepada 9,411 Calon SPM 2020

Seramai 9,411 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Menurut Laporan Analisis Keputusan SPM Tahun 2020 oleh Kementerian Pendidikan, seramai 78,731 calon memperoleh sekurang-kurangnya kepujian ataupun 20.62 peratus, lebih tinggi berbanding SPM 2019 iaitu 77,038 calon (19.78 peratus).

“Seramai 146,447 calon SPM 2020 (31.81 peratus) pula sekurang-kurangnya lulus berbanding 147,738 calon (37.93 peratus) bagi SPM 2019.

Baca: Cara Muat Turun Slip Keputusan Rasmi SPM (Mulai 14 Jun 2021)

“Mereka yang mendapat sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran pula ialah sebanyak 121,496 calon (31,81 peratus) berbanding 126,947 calon (32.59 peratus),” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, seramai 4,416 calon ataupun 1.16 peratus mendapat gred semua G berbanding 4,321 calon (1.11 peratus) pada SPM 2019.

“Seramai 21,395 calon (5.60 peratus) mendapat lain-lain kombinasi gred berbanding 24,578 calon (6.31 peratus) bagi SPM 2019,” katanya.

Seramai 401,105 calon telah mendaftar peperiksaan SPM 2020 berbanding 416,416 calon pada tahun 2019 iaitu pengurangan seramai 15,311 calon.

Daripada jumlah calon berdaftar tersebut, hanya 381,894 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020.

Sumber Kosmo Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More