Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Viral Pemandu Mabuk Pukul Bomba Sebelum Melanggar 3 Kereta

Seorang pemandu mabuk pukul Bomba dalam kejadian yang tular dalam satu rakaman video di media sosial. Lelaki itu bertindak melanggar beberapa kenderaan ketika dalam perjalanan ke Bandar Tun Hussein Onn menghala ke Cheras Selatan, tengah hari ini.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 25 saat itu, menunjukkan beberapa kenderaan telah dirempuh oleh seorang pemandu yang dipercayai mabuk dan berada dalam pengaruh alkohol.

Isi Kandungan

Pemandu Mabuk Pukul Bomba Bertugas

Lelaki tersebut dikatakan telah memukul salah seorang pegawai bomba dan cuba untuk melarikan diri sebelum dihalang beberapa pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di tempat kejadian.

Suspek kemudiannya cuba bertindak agresif dengan meronta-ronta dan meraung untuk melepaskan diri daripada ditahan beberapa pegawai JBPM lain.

pemandu mabuk pukul bomba
Pemandu Mabuk Pukul Bomba

Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Adakah Patut Hukuman Kepda Pemandu Mabuk di Ubah Menjadi Lebih Berat?

Setakat hari ini sahaja, begitu banyak kes-kes yang sepatutnya tidak berlaku di negara membangun seperti Malaysia. Namun mungkin kerana lemahnya penggubalan undang-undang di negara kita menyebabkan semakin ramai yang menjadi mangsa.

Banyak suara yang kedengaran mencadangkan agar hukuman kepada pemandu mabuk sepatutnya diperketatkan lagi. Mana tidak, banyak kes kemalangan maut yang berpunca dari mereka yang mabuk ini.

Namun sehingga kini nampaknya belum ada lagi undang-undang ketat yang di gubal.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More