Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mansuh Cuti Penggal Dan Beri Pelajar Kejar Balik Pelajaran Tertinggal – MIMBAR

Mansuh Cuti Penggal dan beri ruang kepada para pelajar mengejar kembali subjek-subjek yang tertinggal. Itulah cadangan yang diutarakan oleh Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) supaya semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini

“Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan kurang sikit signifikannya cuti penggal ini sebab mereka dah terlalu lama berada di rumah.

“Jadi mereka ini dah banyak ketinggalan, justeru ibu bapa minta saya mengutarakan supaya dipertimbangkan untuk ditiadakan cuti penggal,” ujarnya kepada Astro AWANI.

mansuh cuti penggal

Mansuh Cuti Penggal

Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasrama supaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.

“Kita berharap pemantauan SOP ini dapat dijalankan dengan teratur dan efektif yang mana bila anak-anak balik ke asrama mereka tidak dijangkiti.

“Pelawat atau orang luar yang masuk ke kawasan sekolah harus diperiksa dulu mengikut SOP yang ditetapkan sebab kita tidak mahu orang luar yang masuk ke kawasan sekolah bawa virus dan menyebabkan timbulnya kluster baharu,” tambahnya lagi.

Sumber: Astro Awani

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More