Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), Elaun RM300 Sebulan

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.

PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukkan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National Skill Development Act @ NASDA).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan PLKPK dan cara membuat penyertaan.

Isi Kandungan

SESI PENGAMBILAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN

Permohonan pengambilan pelatih dibuka sepanjang masa setiap tahun bagi pengambilan :

  • Januari
  • Julai

TERAS PEMBANGUNAN PLKPK

Berikut adalah teras pembangunan PLKPK :

  • Dibangunkan bersama pihak industri.
  • Mengaplikasikan amalan pertanian baik dan teknologi terkini.
  • Mengambil kira permintaan semasa pasaran tenaga kerja.

OBJEKTIF PLKPK

Objektif Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan dilaksanakan adalah untuk :

  • Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
  • Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

SYARAT PERMOHONAN

Semak syarat kelayakan berikut untuk membuat permohonan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
  3. Berumur 18-25 tahun
  4. Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan

INSENTIF DITERIMA

Insentif yang akan diterima pelatih adalah :

  • Yuran pengajian percuma
  • Elaun RM200-RM300 sebulan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum disediakan

Nota : Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Persijilan yang akan diterima setelah tamat latihan adalah :

  • Diiktiraf oleh industri-industri di Malaysia
  • Menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik
  • Berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan program adalah seperti berikut :

  • Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau Nasional Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
  • Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

PERSIJILAN

Tahap persijilan yang akan diterima adalah seperti berikut :

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN

TEMPOH LATIHAN

  • Tahap 1 (sijil) : 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 2 (sijil) : 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 3 (sijil) : 12 – 24 bulan (1,200 -2,400 jam)
  • Tahap 4 (diploma) : 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)

BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN

Antara bidang latihan yang ditawarkan adalah :

  • Tanaman
  • Pengeluaran padi
  • Ternakan ruminan
  • Ternakan poltri
  • Akuakultur marin
  • Akuakultur air tawar
  • Teknologi perikanan tangkapan
  • Pemprosesan makanan
  • Pemasaran

CARA MEMOHON

Tarikh tutup permohonan adalah tidak dimaklumkan. Namun Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian telah memaklumkan bahawa permohonan masih dibuka sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui pautan berikut :

PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN

SENARAI INSTITUT LATIHAN PERTANIAN

  • Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
  • Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
  • Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
  • Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
  • Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
  • Institut Veterinar Malaysia, Johor
  • Institut Teknologi Unggas, Melaka
  • Institut Latihan FAMA, Kelantan
  • MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
  • Pusat latihan MARDI, Selangor
  • Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan yang ditawarkan, anda boleh rujuk di Portal Rasmi Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03 8870 1702 / 1677 / 1692 / 1802.

PENUTUP

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan lebih banyak info, isu-isu semasa serta bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), Elaun RM300 Sebulan ini memberi manfaat dan membantu anda.

Terima Kasih

Anda juga mungkin berminat dengan :

Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021

Jawatan Kosong Di SimeDarby Plantation

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More