Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Insentif PTPTN Anak Sarawak

Isi Kandungan

Pengenalan

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkelahiran di Sarawak kini berpeluang untuk menerima pengurangan bayaran balik PTPTN sebanyak 30% melalui Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.

Matlamat utama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak dilaksanakan adalah untuk membantu meringan beban peminjam yang lahir di Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka. Oleh itu, peminjam tidak perlu memohon insentif ini sebaliknya penerima insentif ini dipilih setelah melalui tapisan PTPTN bagi memastikan penerima insentif ini adalah mereka yang menepati syarat dan layak sahaja.

semakan

Para peminjam boleh membuat semakan secara atas talian mulai 9 Mac 2021 mengetahui sama ada mereka layak menerima insentif ini atau tidak.

Peminjan Yang Layak

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ini hanya diberikan kepada yang layak seperti berikut:

  • Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak.
  • Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman.
  • Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal atau berhenti pengajian).

Cara Membuat Semakan

Untuk peminjam yang ingin mengetahui sama ada mereka layak untuk menerima insentif ini boleh membuat semakan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak/.
  2. Masukkan no kad pengenalan peminjam.
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Keputusan semakan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak ini, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Artikel lain: Permohonan IPG, Permohonan BUDI

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More