Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan IPG PISMP

Isi Kandungan

Pengenalan

Institut Pendidikan Guru telah membuka permohonan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PISMP ini adalah program guru tajaan KPM bagi lepasan SPM yang mana berminat untuk menjadi guru sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Pelajar yang layak memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebanyak dua semester selama setahun di mana – mana IPG yang akan ditetapkan oleh KPM.

Untuk memohon UPU secara online, anda perlu buat pembelian no pin upu sebelum mengemukan permohonan di mana-mana UPU. 

permohonan

Tempoh Pengajian

Lepasan SPM yang lulus membuat permohonan akan diberikan sijil tamat PISMP dan ditawarkan bagi mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di mana – mana IPG yang telah ditetapkan.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara dilaksanakan secara Sepenuh Masa. Tempoh pengajian bagi PISMP adalah 1 tahun persediaan dan juga 4 tahun Ijazah manakala program kedua pula 4 tahun Ijazah di Universiti Luar Negara dan 1 tahun PDPP di IPG.

Bagi pelajar PISMP, anda akan menerima elaun setiap bulan sebanyak RM430 dan yuran pengajian berjumlah RM27,831 sepanjang tempoh pengajian selama 4 tahun akan ditanggung oleh kerajaan. 

permohonan

Syarat Kemasukan

Antara syarat – syarat yang dikenakan sebelum memasuki PISMP ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa membuat permohonan
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang dimana merangkumi gred A-, A dan A+ dalam 5 mata pelajaran di peringkat SPM.
  • Mesti mendapat sekurang – kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Lulus Bahasa Inggeris
    • Lulus 1 subjek lain
  • Perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan

Cara Untuk Memohon PISMP

Kemasukan ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan disiarkan melalui suratan akhbar.

Namun, anda juga boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi KPM di www.moe.gov.my. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap pemohon. Jika didapati tidak lengkap atau mempunyai maklumat yang palsu, secara tidak langsung permohonan akan ditolak.

Calon akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institusi Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.

Bidang Pengkhususan Institut Pendidikan Guru

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Cina
    • Bahasa Tamil
    • Bahasa Iban
    • Bahasa Kadazandusun
    • Pendidikan Islam
    • Rekabentuk dan Teknologi
    • Pendidikan Awal Kanak – kanak
    • Bimbingan dan Kaunseling
  • Sekolah Kebangsaan Cina (SJKC)
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains
    • Sejarah
    • Reka Bentuk dan Teknologi
    • Pendidikan Seni Visual
    • Pendidikan Muzik
    • Pendidikan Jasmani
    • Pendidikan Islam
    • Pendidikan Awal Kanak – Kanak
    • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
    • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
    • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Sekolah Kebangsaan Tamil
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains
    • Sejarah
    • Reka Bentuk dan Teknologi
    • Pendidikan Seni Visual
    • Pendidikan Muzik
    • Pendidikan Jasmani
    • Pendidikan Islam
    • Pendidikan Awal Kanak – Kanak
    • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
    • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
    • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus melayari laman rasmi PISMP 2021 iaitu di https://pismp.moe.gov.my/

Artikel lain:  Kursus Asuhan YAWAS, Permohonan UPU

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More