Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Promosi Diskaun Tiket ETS KTMB RM10

Isi Kandungan

Promosi ‘Syoknya Naik Kereta Api’

Promosi Tiket ETS merupakan kerjasama antara Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Kedua – dua pihak menawarkan diskaun tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sebanyak RM10 sempena Kempen Cuti-Cuti Malaysia ‘Syoknya Naik Kereta Api.’

Diskaun RM10 ini bertujuan bagi menggalakkan orang ramai untuk melancong di dalam negeri (sahaja) dan ini adalah tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan. Bagi memastikan pengguna menerima diskaun RM10 ini, pengguna perlu memasukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI’ sebelum membuat sebarang pembayaran tiket tersebut.

Promosi ETS KTMB ini akan berlangsung selama 3 bulan iaitu dari 1 April 2021 hingga 30 Jun 2021. Walau bagaimanapun, promosi ini dikatakan akan tamat lebih awal daripada tarikh tersebut sekiranya jumlah kod promosi habis lebih awal daripada tarikh tersebut.

Hal ini kerana, kod promo yang ditawarkan adalah siapa cepat dia dapat atau first come, first serve. Pengguna disarankan membuat sebarang pembelian tiket menerusi laman web KTMB atau melalui aplikasi KTMB Mobile.

promosi tiket

Jadual Waktu Perkhidmatan

Oleh kerana, pihak KTMB memaklumkan jualan tiket perkhidmatan ETS bagi tarikh 1 April sehingga 30 September 2021, permohonan mula dibuka bermula 15 Mac 2021.

Sebanyak 24 perkhidmatan ETS disediakan dengan jadual sedia ada dan penumpang boleh membuat perancangan awal untuk membeli tiket. Anda boleh menempah menerusi laman web rasmi KTMB dipautan di bawah:

https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html?fbclid=IwAR3QTEqlTkCifJHEVzVi41PEp47QkBDE_YahNbnziQok5oSv3l0qIuWlHEA

Sebelum itu, pihak KTMB menasihatkan orang ramai supaya membuat pembelian tiket lebih awal bagi mendapatkan tambang yang lebih rendah dan penjimatan berganda berbanding pembelian tiket di saat akhir.

Syarat Kelayakan

Sebelum membuat sebarang pembelian tiket menggunakan promosi ini, para pengguna perlu melihat syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pengguna perlu mendaftar dan mempunyai Passenger Name Record (PNR) dalam KTMB Integrated Ticketing System (KITS).
  • Pembelian tiket melalui transaksi dalam talian (online) sahaja.
  • Pembelian tiket bagi perkhidmatan ETS sahaja. Pembelian tiket bagi perkhidmatan KTM Intercity akan dimaklumkan kemudian.
  • Pembelian tiket adalah bagi dewasa dan kanak-kanak sahaja.
  • Promosi tidak layak untuk pembelian bagi semua tiket konsesi.
  • Promosi ini hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi atau balik) bersamaan atau melebihi nilai RM11.00.
  • Pengguna layak menebus sekali sahaja kod promo bagi kempen ini untuk transaksi yang dilakukan dibawah dengan memasukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI’ sebelum proses pembayaran;
    • Pembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam satu transaksi
    • Pembelian tiket bagi perjalanan dua hala yang dibuat dalam satu transaksi.
  • Kod promo tertakluk kepada first come, first serve.
  • Tempoh pembelian tiket adalah bermula 15 Mac 2021 untuk perjalanan 1 April-30 Jun 2021 atau sehingga habis jualan kod promosi.

Cara Pembelian Tiket

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi 2 cara iaitu:

Laman Web

  1. Layari laman web https://online.ktmb.com.my/.
  2. Tekan bahagian ‘Log In/Sign Up.’
  3. Tekan tulisan ‘Sign Up Now.’
  4. Isi maklumat dan Tekan butang ‘Sign Up.’
  5. Log in dengan memasukkan email dan kata laluan.
  6. Pilih destinasi dan tarikh perjalanan.
  7. Sebelum membuat pendaftaran, masukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI.’
  8. Buat pembayaran dan pembelian selesai.

Aplikasi KTMB Mobile

  1. Muat turn aplikasi KTMB Mobile (KITS)
  2. tekan bahagian ‘Register.’
  3. Isi maklumat dan tekan butang ‘Register.’
  4. Log in dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Pilih destinasi dan tarikh perjalanan yang dikehendaki.
  6. Sebelum membuat pendaftaran, masukkan kod promo ‘CUTIKERETAPI.’
  7. Buat pembayaran dan pembelian selesai.

promosi tiket

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai promosi diskaun RM10 sempena Kempen Cuti-Cuti Malaysia Syoknya Naik Kereta Api, sila layari laman web https://online.ktmb.com.my/.

Artikel lain: Permohonan STAM KISAS F6, Semakan Insentif PTPTN Sarawak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More