Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2021

Isi Kandungan

Biasiswa MyBrainSc 2021 (PhD, Master, & Ijazah Pertama)

Permohonan BIasiswa MyBrainSc telah dibuka kepada semua para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan juga Pasca Ijazah seperti Ijazah Sarjana dan juga PhD. Peringkat pengajian ini perlulah sepenuh masa dan dalam bidang sains tulen sahaja.

Antaranya adalah Fizik, Kimia, Biologi dan juga Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti terkemuka luar negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis – saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

biasiswa

Tujuan Biasiswa MyBrainSc Ditubuhkan

Antara sebab – sebab program ini ditubuhkan adalah kerana;

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi;
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate; dan
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Syarat Permohonan Biasiswa MyBrainSC

Syarat – syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

    • Calon adalah warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2021;
    • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
    • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
    • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
    • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
    • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
    • Calon adalah warganegara Malaysia;
    • Umur tidak melebihi 21 tahun pada 31 Disember 2021;
    • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
    • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
    • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Perjanjian Biasiswa MyBrainSc

Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;

  • Calon diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc

Permohonan biasiswa ini mulai buka pada 16 Mac 2021 pada 6 petang sehingga 15 April 2021 pada 11.59 malam.

Permohonan boleh dibuat dengan 2 cara iaitu

  • Secara dalam talian

    • Portal KPM di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.
    • Tekan menu Log Masuk di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.
      • Permohonan secara manual tidak akan diproses.
    • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
    • Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
    • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
    • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).
  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Skrol Ijazah Sarjana.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
  • Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK,
    pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang
    menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/

Artikel lain : Dana Didik Johor, Bantuan KISS

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More