Sumber Rujukan Globalisasi Anda

9 Perubahan dalam IPG

9 Perubahan dalam IPG atau Institut Pendidikan Guru ini dikongsikan berdasarkan beberapa perubahan yang dapat admin kenal pasti telah berlaku dalam Institut Pendidikan Guru.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Maklumat dalam post ini juga telah disahkan kesahihannya oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sendiri selaku institusi induk bagi IPG seluruh malaysia setelah admin mengajukan soalan berkaitan perkara ini melalui email yang mana telah dijawab oleh Puan Nur Krismarina bt. Abd. Karim, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk itu, jutaan terima kasih kepada pihak IPGM kerana sudi memberikan maklumat yang tepat ini.

Baiklah, berikut merupakan 9 perubahan dalam IPG setakat ini (sehingga hari ini, 1 Mac 2020).

Sekadar makluman, admin akan sentiasa mengemas kini post ini dari semasa ke semasa sekiranya berlaku sebarang penambahan atau perubahan dalam IPG.

Isi Kandungan

Logo IPG yang terkini. 

9 Perubahan dalam IPG 1

Masih banyak pihak yang salah menggunakan logo IPG ini yang mana mereka menggunakan logo IPG yang terdahulu. Rujuk gambar di bawah berkaitan logo IPG yang terkini.

9 Perubahan dalam IPG 2
9 Perubahan dalam IPG 3

Istilah Siswa Guru

Dahulu, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu yang sedang menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru dipanggil Guru Pelatih, Siswa Pendidik. Kini, istilah yang digunakan ialah Siswa Guru.

NAMUN, penggunaan istilah ini TIDAK WAJIB DIGUNA PAKAI yang mana telah dinyatakan sendiri iaitu Mengikut Akta 174, tiada istilah siswa pendidik atau guru pelatih bagi pelajar yang mengikuti program/kursus pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru. Istilah yang digunakan adalah “Pelajar”. (Rujuk Tafsiran per: 2) Akta 174. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ( Sebagai mana pada 1 Jun 2019)

3. Syarat Kelayakan Kemasukan ke PISMP. 

Semasa admin memohon Institut Pendidikan Guru dahulu (2014), syarat kelayakan adalah hanya DUA mata pelajaran yang perlu mendapat gred kepujian, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah di samping minimum mendapat 5A dalam SPM.

9 Perubahan dalam IPG 4

Kini, salah satu syarat kemasukan ke Institut Pendidikan Guru ialah calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat gred kepujian (C) dalam SPM iaitu bagi TIGA mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

4. Bilangan IPG. 

9 Perubahan dalam IPG 5

Tidak ada berlaku pengurangan Institut Pendidikan Guru yang mana 27 IPG masih menjalankan fungsinya sebagai pusat latihan untuk bakal guru dan guru menjalani latihan perguruan.

5. 1 Tahun, 3 Semester pengajian.

Perkara ini adalah berdasarkan surat edaran daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia kepada semua pengarah IPG seluruh Malaysia bertarikh 11 Oktober 2019.

Dahulu, 1 tahun hanyalah 2 semester sahaja iaitu merangkumi Semester 1 (Januari hingga Mei) dan Semester 2 (Jun hingga November).

9 Perubahan dalam IPG 6

Mulai tahun depan (2020), pengajian di Institut Pendidikan Guru dipecahkan kepada TIGA SEMESTER dalam setahun iaitu Semester 1 bermula pada bulan Januari hingga Mei, Semester 2 bermula pada bulan Jun hingga Oktober dan Semester 3 bermula pada bulan November hingga Disember).

  1. Januari – Mei
  2. Jun – Oktober
  3. November – Disember

Pembaharuan ini dilaksanakan disebabkan Dasar Cuti Rehat Tahunan Pensyarah yang juga akan dilaksanakan bermula pada Januari 2020.

Ini bermakna, keseluruhan semester pengajian adalah sebanyak 15 semester bagi 1 tahun (PPISMP) dan 4 tahun (PISMP) bagi pelajar mulai PISMP Ambilan Jun 2021. Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada kredit bergaduat yg ditetapkan.

  1. Bagi Ambilan PISMP Jun 2020: 2 semester (PPISMP ) 12 semester (PISMP)
  2. Bagi Ambilan PPISMP Jun 2021: 3 semester (PPISMP) 12 semester (PISMP)

6. Program Transformasi Minda (PTM). 

9 Perubahan dalam IPG 7

Kini, siswa guru IPG dapat menyertai PTM ini semasa dalam pengajian di IPG.

9 Perubahan dalam IPG 8

Ini bermaksud, untuk urusan pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, mereka tidak perlu memohon/menyertai PTM setelah dilantik menjadi guru.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberikan kebenaran melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) kepada guru pelatih IPG dan akan dilaksanakan mulai November 2019.

Ini bermakna, guru pelatih yang telah menghadiri PTM TIDAK PERLU LAGI menghadiri program yang sama selepas dilantik dengan merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012.

7. Elaun. 

9 Perubahan dalam IPG 9

Elaun Sara Hidup bagi siswa guru IPG MASIH DIKEKALKAN sehingga kini iaitu pelajar PPISMP dan PISMP menerima jumlah yang sama sebanyak RM430 sebulan.

8. Bulan pengambilan calon guru Tajaan KPM. 

9 Perubahan dalam IPG 10

Ini susulan daripada pelaksanaan 1 tahun 3 semester mulai tahun depan. Bulan pengambilan calon guru MASIH DIKEKALKAN, iaitu pada bulan Jun setiap tahun.

9. Permohonan kemasukan ke IPG Melalui UPUOnline. 

9 Perubahan dalam IPG 11

Ini adalah berdasarkan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 18 Oktober 2019.

Mulai Oktober 2019 ini, permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru tidak lagi dilakukan di portalnya yang terdahulu (pismp.moe.gov.my/) sebaliknya calon perlu memohon di portal UPUOnline, seperti permohonan untuk memasuki ke IPTA yang lain. Ini termasuklah kemasukan ke Kolej Matrikulasi.

Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh kemukakan pada ruangan maklum balas/komen di bawah. Terima kasih.

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu 9 Perubahan dalam IPG memberikan manfaat kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More