Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum ini adalah untuk dijadikan panduan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.

Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setiap feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.

Bagi standard 3.1 pengurusan kurikulum, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik. Berikut merupakan 4 aspek dalam standard 3.1 pengurusan kurikulum.

Isi Kandungan

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

1- Aspek pertama ialah Aspek 3.1.1 Ketetapan pelaksanaan Kurikulum

Bagi aspek ini, antara evidens yang diperlukan ialah dokumen ketetapan kurikulum dan Carta Organisasi Kurikulum secara menyeluruh. Dokumen ketetapan kurikulum ini merupakan satu bentuk dokumen yang merancang kurikulum sekolah. Semua jadual dan perancangan aktiviti berkaitan kurikulum boleh diletakkan di sini termasuk dengan bajet dan anggaran perbelanjaan setiap panitia mata pelajaran. Target UPSR dan LINUS dan apa sahaja berkaitan kurikulum juga boleh diletakkan di sini.  Bagi sekolah menengah pula, pastinya target untuk PT3 dan SPM boleh diletakkan dalam dokumen tersebut. Senarai nama guru mata pelajaran juga boleh diletakaan di dalam dokumen ini.

Bagi carta organisasi kurikulum, perlu disenaraikan jawatan kuasa kurikulum termasuk dengan ketua panitia atau ketua bidang di peringkat sekolah menengah.

2-Aspek kedua ialah Aspek 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran

Bagi aspek ini terdapat 4 sub-aspek yang berada di bawah pengurusan mata pelajaran ini. 4 aspek tersebut ialah 3.1.2.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran diurus secara profesional dan terancang, 3.1.2.2 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru diurus secara terancang , 3.1.2.3 Program Peningkatan Pencapaian Murid diurus secara sistematik dan terancang, 3.1.2.4 Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran dimanfaatkan secara sistematik dan terancang.

Sub aspek pertama iaitu 3.1.2.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran diurus secara profesional dan terancang. Antara evidens yang boleh disediakan adalah RPT Mata Pelajaran bagi setiap guru, rumusan pemantauan kurikulum, minit mesyuarat pengurusan, minit mesyuarat panitia, buku atau fail rekod pdp, analisa data peperiksaan mata pelajaran dan rekod atau template pelaporan offline setiap mata pelajaran.

Antara bahan evidens tersebut adalah seperti :

Aspek Dalam Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum.

Bahan Evidens 

1- Aspek 3.1.1 Ketetapan pelaksanaan Kurikulum

 

2- Aspek 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran

 

3- Aspek 3.1.3 Pengurusan Masa Instruksional

 

4- Aspek 3.1.4 Pengurusan Penilaian Murid

 

 

Sub aspek kedua ialah 3.1.2.2 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru diurus secara terancang. Antara evidens adalah seperti takwim aktiviti panitia, perancangan strategik panitia, penilaian keberkesanan impak dan intervensi LINUS/UPSR atau peperiksaan awam yang lain.

Sub aspek ketiga ialah 3.1.2.3 Program Peningkatan Pencapaian Murid diurus secara sistematik dan terancang. Antara evidens adalah seperti semakan headcount dan penggunaan tools seperti Grow dan tapak analisis soalan dan juga tapak pelaporan linus.

Sub aspek keempat adalah 3.1.2.4 Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran dimanfaatkan secara sistematik dan terancang. Antara evidens ialah minit mesyuarat kewangan panitia, rekod inventori, rekod subsudiari dan juga rekod kad petak setiap barang.Setiap barangan yang hendak dipesan melalui PCG perlu diputuskan di dalam mesyuarat kewangan panitia. Guru tidak boleh membeli sewenangnya barangan panitia tanpa membuat keputusan melalui mesyuarat panitia. Minit mesyuarat kewangan ini boleh menjadi minit mesyuarat panitia kali ketiga cuma anda perlu memutuskan nama pembekal, bajet dan barangan yang dibeli menggunakan duit panitia. Lampirkan nota minta di belakang minit mesyuarat.

3- Aspek ketiga ialah Aspek 3.1.3 Pengurusan Masa Instruksional

Antara evidens yang boleh disediakan oleh pihak sekolah adalah jadual waktu umum guru dan jadual waktu persendirian bagi setiap orang guru. Bagi kelas pdpc guru yang bercuti atau berkursus, pihak sekolah perlu menyediakan jadual guru ganti bagi kelas tersebut.

4- Aspek keempat ialah Aspek 3.1.4 Pengurusan Penilaian Murid

Bagi aspek keempat ini, antara evidens yang diperlukan adalah jadual waktu peperiksaan, analisis peperiksaan intervensi penambahbaikan, dan juga template pelaporan offline.


Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Minit Mesyuarat Maklum Balas Format Baharu

Anugerah dan Pencapaian PBPPP

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More