Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Anugerah dan Pencapaian PBPPP

Anugerah dan Pencapaian PBPPP yang merupakan bahagian keenam di dalam penghasilan fail PBPPP ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut :

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan

Ikuti perkongsian mengenai Bahagian 6 : Anugerah dan Pencapaian PBPPP seperti di bawah.

Isi Kandungan

Dapatkan “Anugerah dan Pencapaian PBPPP” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Bahagian 6 : Anugerah dan Pencapaian PBPPP

Bab keenam iaitu anugerah dan pencapaian PBPPP. Terdapat tiga item iaitu anugerah perkhidmatan, anugerah dalam pdp dan jemputan untuk konsultasi dan bengkel.

1- Anugerah Perkhidmatan

Item pertama adalah anugerah perkhidmatan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), sijil ketokohan semasa hari guru pun dapat diguna pakai.

2- Anugerah dalam PDP atau Kepimpinan

Item kedua pula melibatkan anugerah dalam pdp atau kepimpinan. Perkara ini agak meluas. Sebagai contoh, UPSR atau Linus 100% dihujung tahun boleh minta sekolah keluarkan sijil penghargaan. Jika ada menyertai pertandingan, boleh sertakan di dalam ini sama ada pertandingan penulisan cerpen hari guru ataupun pertandingan inovasi.

Jika program yang kita laksanakan menghasilkan impak positif, boleh juga minta sekolah keluarkan sijil penghargaan. Ataupun pasukan sekolah yang bertanding di luar sekolah dan mendapat kedudukan yang baik juga boleh minta sekolah keluarkan surat penghargaan.

3- Jemputan Untuk Konsultasi dan Bengkel

Item ketiga adalah jemputan untuk konsultasi, bengkel penulisan dan lain-lain. Yang ini kebanyakan guru fikir sukar diperolehi kerana guru-guru pakar sahaja yang dijemput untuk bengkel sebegini sebagai ceramah.

Guru sendiri boleh merancang perkara ini seperti mengadakan ladap selepas berkursus untuk guru lain. Ataupun, jika menjadi fasilitator pada program sekolah, kita juga boleh minta sekolah keluarkan surat jemputan dan sijil penghargaan untuk diri kita.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Anugerah dan Pencapaian PBPPP ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Buku Pengurusan PPKI 2021

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More