Sumber Rujukan Globalisasi Anda

‘Duit raya’ untuk kakitangan Negeri Sembilan

Kakitangan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat Sagu Hati

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,843 penjawat awam termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT), sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata BKK itu dibayar kepada penjawat awam meliputi semua gred.

Katanya, pemberian sagu hati kerajaan negeri itu membabitkan 3,974 penjawat awam negeri manakala 1,869 kakitangan badan berkanun dan PBT.

“Bantuan khas ini akan membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM9.9 juta dan bayaran akan dibuat pada 3 Mei ini.

“Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri.

“Keputusan ini juga sebagai bukti sikap peduli kerajaan Negeri Sembilan terhadap sumbangan dan komitmen penjawa awam terhadap tugas masing-masing,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri di sini, tadi.

Beliau berkata, pihaknya yakin 92 peratus kalangan penjawat awam di negeri itu yang terdiri daripada kategori berpendatan rendah B40, akan mendapat manfaat daripada pemberian saguhati berkenaan.

Aminuddin berkata, bantuan itu juga akan memberikan motivasi kepada mereka untuk melaksanakan tugas dengan baik, walaupun kita berhadapan dengan pelbagai kekangan akibat pandemik Covid-19.

“Sepanjang tahun lalu, banyak projek pembangunan negeri dapat diteruskan dengan lancar walaupun dalam keadaan Covid-19.

“Melalui pengurusan yang cekap dan perbelanjaan berhemah sehingga membolehkan beberapa jabatan mendapat anugerah cemerlang membantu memperkukuhkan kewangan negeri.

“Justeru, kita (kerajaan negeri) menghargai komitmen tinggi penjawat awam dalam melaksanakan tugas dengan baik terutama dalam menjayakan pembangunan negeri serta mendapatkan kutipan hasil yang baik,” katanya.

kakitangan

Sumber Harian Metro

Artikel lain: Penuntut UniMAP Beraya Di Kampus

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More