Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peranan Majlis Harga Barang

Majlis Harga Barang Negara Malaysia

PETALING JAYA: Majlis Harga Barang sepatutnya memainkan peranan berhubung isu kenaikan harga barangan yang naik mendadak terutama setiap kali musim perayaan.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata, tugas badan tersebut dilihat masih kabur dalam memberikan perincian maklumat pada setiap barang sehingga peringkat pengguna terkesan akibat tetapan harga tidak masuk akal.

Vectorise Logo | Majlis Harga Barang Negara (MHBN) | Vectorise Logo

“Fenomena harga melambung perlu dititiknoktahkan yang rata-rata memberi kesan yang sangat buruk kepada pengguna dan peniaga.

“Di manakah peranan Majlis Harga Barang Negara yang sepatutnya memberi data mutakhir bagi setiap barangan yang dijual tetapi pada harga akhir kepada pengguna itu tetap sangat tinggi. Pengguna mula mempersoalkan apakah fungsi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Sehingga pertengahan bulan Ramadan ini, ramai pengguna dan peniaga berasa sangat terkesan dan mengeluh akibat harga yang tidak masuk akal termasuk barang basah seperti sayur, udang, ikan, ayam, daging dan buah selain minyak masak dan barang makanan tin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, beberapa peniaga mengeluh rentetan harga barang basah naik secara drastik di tengah-tengah umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Laporan itu hadir berdasarkan tinjauan di beberapa kawasan mendapati barang basah seperti ikan, sayur dan ayam mengalami peningkatan malah ia berlaku beberapa hari sebelum Ramadan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memerangi kartel atau ‘orang tengah’ yang dilihat sebagai punca utama harga barang meningkat.

Malah, katanya, kementerian juga perlu mengambil langkah drastik untuk mengesan sindiket kartel yang berlaku di peringkat pengimport dan pemborong bagi barang yang diimport sepenuhnya dan didorong oleh kartel domestik yang menguasai rantaian bekalan antara pemborong, pembekal serta peniaga tempatan.

“Kita memahami penentuan harga barangan bergantung kepada harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti tetapi permainan harga yang tidak munasabah dengan niat membuat keuntungan tinggi masih terus berlaku pada masa ini,” katanya.

Peranan Majlis Harga Barang sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Cara Mudah Kurang Belanja Secara Online

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More