Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Cara Mudah Kurang Belanja Secara Online

Tengah fikir cara kurang berbelanja di shopee? PKP 2.0 telah bikin ramai rakyat daripada golongan B40 dan M40 cukup terjejas sehingga kehilangan punca untuk teruskan kehidupan. Hal ini berikutan masalah kewangan yang membelenggu mereka akibat diberhentikan kerja oleh majikan.

Bukan itu sahaja, golongan graduan juga turut terkesan apabila sukar mendapatkan kerja di era pandemik yang sedang melanda. Jadi kepada anda semua, untuk hidup anda haruslah berjimat-cermat dan mungkin buang segala yang membebankan.

Berikut adalah 3 cara yang boleh diaplikasikan bagi kurangkan perbelanjaan jika anda hadapi masalah kewangan.

cara

Isi Kandungan

Cara Mudah Kurang Belanja Secara Online

1. Hentikan Langganan Yang Tak Diperlukan

Terdapat beberapa aplikasi yang anda langgan sebenarnya memberikan beban kepada anda malahan ianya langsung tidak boleh dikurangkan. Langganan-langganan tersebut boleh menjadi komitmen anda sehinggakan anda agak culas untuk membayarnya.

Sebagai contoh, ramai di antara kita yang melanggan Netflix dan Spotify. Sekilas pandang tampak ianya tidak membebankan tetapi jika anda tamatkan langganan tersebut, mungkin dapat mengurangkan sedikit beban anda.

Jangan anggap penamatan langganan itu bersifat selamanya kerana anda boleh kembali kepadanya jika status kewangan anda betul-betul sihat.

2. Tukar Ke Pelan Internet Yang Menjimatkan

Menukar pelan internet kepada yang lebih rendah ternyata dapat menjimatkan banyak wang. Hari ini kita melihat bahawasanya ramai insan melanggani pelan internet yang mahal untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik.

Terkadang harga boleh mencapai ratusan ringgit lantas membebankan kita terutamanya yang melibatkan internet tanpa had disamping tawaran-tawaran lain.

Jadi anda boleh berubah kepada pelan internet yang lebih murah tetapi masih berbaloi untuk diguna pakai. Usah khuatir kerana terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang menawarkan internet tanpa had dengan harga murah.

Sebagai contoh mengenakan RM35 itu internet dan panggilan tanpa had dalam pelan prabayar. Mungkin anda boleh bertukar kepada pelan itu dahulu sementara menunggu anda stabil daripada aspek kewangan dan kehidupan.

3. Kawal Perbelanjaan Dalam Talian

Kehadiran koronavirus ini secara tidak langsung telah meningkatkan perbelanjaan di dalam talian. Hal ini telah menyebabkan beberapa syarikat kurier hampir lumpuh apabila terpaksa menyimpan barang terlalu banyak sebelum diserahkan kepada pembeli.

Perbelanjaan dalam talian ini menjadi semakin rancak apabila tiba waktu promosi seperti 4.4 yang berlaku beberapa hari lepas.

Promosi-promosi yang sungguh menghairahkan itu bikin orang ramai tidak berfikir panjang lalu terus membeli tanpa menyedari kantung kewangan semakin tipis.

Bayangkan barangan seperti Play Station 5 yang tiada promosi dan dibuka untuk tempeh telah habis dijual dalam masa tidak sampai satu jam.

Jadi kawal sedikit perbelanjaan anda dan jika tidak mampu, anda boleh padam sahaja aplikasi itu untuk sementara waktu sehinggalah kantung kewangan anda kembali mengembung.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Cara Mudah Kurang Belanja Secara Online ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

Artikel lain: Doa Ketika Hujan Lebat, Petir dan Guruh

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More