Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biskut Almond London

Biskut Almond London antara biskut raya yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia terutamanya pada hari Raya aidilfitri. kalau sebut pasal biskut almond london pasti ramai sahaja akan menitis air liur kerana biskut sering menjadi hidang sampingan bagi tetamu.

Biskut Almond London

Biskut Almond London rasanya rangup dan garing. Anda akan merasakan sensasi buah badam ketika mengunyah biskut almond. Biskut almond london memang laku di hari raya dan diminati ramai kerana rasanya yang rangup dan sedap.

Biskut Almond London

Isi Kandungan

Bahan – Bahan

  • 250g biji badam
  • 100g badam cincang
  • 250g mentega
  • 94g / 3/4 cawan icing sugar
  • 2 biji kuning telur
  • 250g /2 cawan tepung gandum
  • 200g / 4/5 cawan tepung jagung (ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 50g / 1 1/3 serbuk kepingan jagung atau boleh ganti serbuk badam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 500g coklat masakan (milk atau dark chocolate compound)
  • 1-2 sudu besar shortening

Cara Penyediaan

  1. Bakar badam dan badam cincang.
  2. Bakar biji badam pada suhu 150 °C selama 10 min.
  3. Badam cincang masak lebih cepat dari biji badam, jadi keluarkan lebih awal.
  4. Kisar halus cornflake.
  5. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
  6. Pukul butter dengan gula ising.
  7. Masukkan telur kuning.
  8. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
  9. Masukkan serbuk cornflake dan susu tepung.
  10. Uli sehingga dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk.
  11. Rehat doh 10 minit.
  12. Bentukkan doh, cubit sikit, leperkan, letakkan badan di tengah dan tutup.
  13. Uli memanjang (dalam 2 cm panjang).
  14. Susun atas dulang yang telah digris dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  15. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit pada suhu 170 °C.
  16. Bila dah siap bakar, keluarkan dan sejukkan atas cooling rack.
  17. Cairkan coklat masakkan mengunnakan teknik double boil.
  18. Tambah lemak sayuran atau shortening kedalam coklat tadi.
  19. Bila cair sempurna angkat dan bolehlah celupkan biskut tadi.
  20. Celupkan biskut tadi mengunnakan penyepit dan masukkan ke dalam cawan kertas.
  21. Anda boleh tuang coklat kedalam cawan kertas, ikut cara mana yang anda suka.
  22. Tabur dengan badam cincang dan sejukkan sepehunyan dulu sampai coklat beku sebelum masukkan kedalam balang kedap udara.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Biskut Almond London memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Jawatan Kosong Di Majlis Sukan Pulau Pinang

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More