Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Transaksi Bayaran Pintar Guna Kuku

DUBAI – Sebuah salon kuku di Dubai menghasilkan teknik pembayaran pintar dengan menanam cip pembayaran mikro di dalam kuku sebagai kaedah pembayaran, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lanour Beauty Lounge menghasilkan teknik pembayaran pintar ini sebagai alternatif bagi menggantikan pembayaran menggunakan kad dengan harapan ia boleh digunakan sebagai pembayaran tanpa sentuhan.

Pengasasnya, Nour Makarem berkata dia menubuhkan inisiatif tersebut bagi memikirkan teknik terbaik untuk menyokong perkhidmatan kecantikan sejak bermulanya pandemik Covid-19.

Dalam satu temu bual bersama agensi berita CNN Timur Tengah, Nour berkata salon tersebut mempunyai keupayaan memuat naik data yang dikehendaki pelanggan ke dalam cip mikro itu termasuk kad bisnes digital, akaun Instagram dan juga maklumat WhatsApp.

Sama seperti kad kredit, cip tersebut berfungsi dengan menggunakan teknologi yang menyambungkannya dengan peranti elektrik.

Nour berkata proses mencipta cip mikro dengan saiz yang cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam kuku adalah mencabar namun ia merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kad fizikal.

“Kami menghasilkan idea ini untuk menyokong penjarakan fizikal dalam perkhidmatan kecantikan.

Transaksi Bayaran Pintar Guna Kuku

“Anda mungkin sering terlupa membawa kad bisnes namun anda tidak akan lupa membawa kuku,” katanya.

Salun itu menambah sehingga kini mereka telah menghasilkan 500 perawatan kuku cip mikro.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Tabung Haji

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More