Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Tabung Haji

Adakah anda pengguna Maybank2U? Pada hari ini segalanya di hujung jari kerana teknologi yang kian berkembang pesat dengan adanya kemudahan yang pelbagai untuk memudahkan urusan seharian kita,  termasuklah kemudahan menyimpan atau mengeluarkan wang simpanan di atas talian melalui aplikasi Maybank2U ke akaun Tabung Haji.

Anda tidak perlu lagi membazir masa dengan beratur lama hanya untuk menyimpan atau mengeluarkan wang simpanan dari akuan bank Tabung Haji. Segala transaksi boleh dilakukan di atas talian dengan menggunakan laptop ataupun telefon bimbit.

Sebelum itu, pastikan akaun Tabung Haji anda sudah didaftarkan di Maybank. Caranya  anda perlu ke mesin ATM Maybank sahaja dan seterusnya adalah seperti berikut :

CARA DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI DI MESIN ATM MAYBANK

  • Masukkan kad ATM Maybank dan pilih bahasa.

maybank2u

  • Kemudian masukkan nombor PIN kad anda.

maybank2u

  • Pilih Tabung Haji (TH).maybank2u
  • Pilih Daftar Akaun TH ke ATM Kad.

maybank2u

  • Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda.

maybank2u

 

  • Masukkan nombor siri buku Tabung Haji dan tekan Ya.

maybank2u

Dan akhir sekali, akaun Tabung Haji anda sudah berjaya didaftarkan dan transaksi wang dari Maybank2U ke Tabung Haji atau sebaliknya, boleh dilakukan melalui online sahaja.

maybank2u

Di bawah ini merupakan cara untuk anda menyimpan wang atau melakukan transaksi dari akaun Maybank2U ke akaun Tabung Haji.

CARA TRANSAKSI MENGGUNAKAN MAYBANK2U

  • Buka laman sesawang Maybank2U kemudian tekan Login dan masukkan Kata Laluan.
  1. Tekan Pay & Transfer.
  2. Tekan Tabung Haji.
  3. Di bahagian ‘Transfer To’ , anda boleh pilih sama ada Own Tabung Haji (akaun Tabung Haji anda sendiri) atau Other Tabung haji (akaun Tabung Haji orang lain). Sekiranya anda ingin memindahkan wang ke akaun orang lain, tekan Other Tabung Haji.
  4. Isi maklunat yang diminta dan tekan Transfer.
  5. Kemudian, tekan Request untuk permohonan nombor TAC.
  6. Akhir sekali, masukkan nombor TAC dan selesai.
  7. Selesai.

maybank2uMudah dan pantas untuk anda melakukan transaksi wang sama ada dari akaun Maybank ke Tabung Haji atau sebaliknya di mana sahaja.

Sumber: Maybank2u

Ehsan gambar : Oon Kamaruddin

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More