Sumber Rujukan Globalisasi Anda

LRT Laluan Kelana Jaya Terlibat Kemalangan

LRT Laluan Kelana Jaya Terlibat Kemalangan

LRT Laluan Kelana Jaya Terlibat Kemalangan

LRT Kelana Jaya Kemalangan
Penumpang perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang dilaporkan cedera akibat kejadian kemalangan telah diselamatkan. – Gambar/ Twitter@fnhjh__ (Sumber Astro Awani)

 

KUALA LUMPUR: Dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya telah terlibat dengan kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, Kuala Lumpur sebentar tadi mengakibatkan beberapa orang penumpang mengalami kecederaan.

Insiden mula dilaporkan laman Facebook Rapid KL pada jam 9 malam tadi, memberitahu tren bernombor 40 dan 81 telah terlibat dalam kemalangan. Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan Rapid KL sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat ketika ini. “Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha untuk memeberi bantuan dan mengawal keadaan secepat mungkin.” kata beliau lagi kepada Astro Awani.

Setakat ini, semua penumpang sudah dibawa keluar daripada tren yang terlibat dan usaha membantu dan menyelamat sedang giat dijalankan. Maklumat terkini memaklumkan pengangkutan alternatif akan disediakan selain keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.

LRT Laluan Kelana Jaya Kemalangan

LRT Laluan Kelana Jaya Kemalangan 

 

Sumber: Astro Awani

Artikel lain:

Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More