Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

Disini kami kongsikan Cara Daftar Saringan COVID19 bagi warga Selangor. Bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan kesesakan Program Saringan COVID19 percuma untuk warga Selangor, sila daftar dengan aplikasi SELangkah.

Bagi memperkukuh kesiapsiagaan entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif SELangkah: sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu.

Konsep inisiatif SELangkah – Langkah Masuk Dengan Selamat – adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas. Inisiatif ini mempunyai 3 objektif serampang :

  • “Melindungi premis perniagaan,
  • “Melindungi pelanggan
  • “Membantu pasukan baris hadapan”

Seperti juga MySejahtera, para pengunjung premis boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengimbas poster kod QR tersebut, menggunakan fungsi kamera di telefon bimbit, sama ada sebelum memasuki premis ataupun semasa membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis masing-masing.

Cuma yang membezakannya, log lawatan pengunjung premis ini akan dikawal selia oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut (seperti di pasaraya, kedai runcit, pasar borong, dan lain-lain).

Melalui inisiatif ini, semua pengunjung ke premis terlibat dapat dikesan dan dihubungi dengan mudah dan pantas.

Inisiatif SELangkah juga membolehkan pengguna untuk menyertai Program Saringan COVID19 secara percuma.

Program Saringan COVOD19 Percuma Negeri Selangor

Sejak 8-21 Mei 2021, hampir 20,000 individu telah menghadiri Ujian Saringan COVID-19 percuma yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Saringan ini dibuat bagi mengesan kes-kes positif bagi mengelak ‘silent carrier’ dan memutuskan rantaian perebakan.

Individu yang melakukan saringan boleh memeriksa keputusan ujian dalam tempoh 24 jam selepas ujian menerusi aplikasi SElangkah digunakan untuk pendaftaran bagi program saringan.

Berikut adalah lokasi saringan COVID19 percuma Selangor yang terkini.

Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

SELangkah: Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Selangor

Sertai ujian saringan ini dan pra-daftar mengikut langkah ini:

  1. Muat turun aplikasi SELangkah atau pergi ke pautan https://screening.selangkah.my/login
  2. Daftar sebagai pengguna dengan mengisikan maklumat peribadi dan nombor telefon.
  3. Tekan butang Sihat.
  4. Pilih Pendaftaran Saringan.
  5. Daftar dan isikan maklumat pada ruang yang disediakan.
  6. Semak sekali lagi 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.

Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

Nota: Jika anda tidak dapat hadir mengikut waktu janji temu, sila sertai program saringan yang lain.

Secara alternatif, hubungi pihak SELANGKAH di Telegram (t.me/Selangkah_my) untuk mengubah janji temu.

Baca juga: Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SELangkah di pautan http://selangkah.my/

ATAU

Artikel lain: Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBSPermohonan Sewaan Premis Bangunan MARA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More