Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online/SMS Mulai 10 Jun 2021

Calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 boleh mula membuat Semakan Keputusan SPM mulai 10 Jun 2021 iaitu pada hari Khamis.

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan Semakan Keputusan SPM pada tarikh tersebut boleh dibuat secara atas talian (online) atau melalui SMS.

Keputusan SPM 2020 ini akan melibatkan seramai 400,445 orang calon yang telah mengambil peperiksaan tersebut bermula 22 Februari 2021.

Isi Kandungan

Tarikh Semakan Keputusan SPM

Semakan keputusan peperiksaan SPM 2020 boleh dibuat mulai 10 Jun 2021 iaitu pada jam 10 pagi.

Semakan Keputusan SPM 2020 Secara Online/SMS Mulai 10 Jun 2021

Cara Membuat Semakan Keputusan

Terdapat 2 kaedah untuk menyemak keputusan peperiksaan SPM 2020 bolleh dilakukan iaitu:

i) Secara Online

  1. Klik link https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan angka giliran.
  3. Klik butang ‘Semak.’

ii) SMS

  1. Taip SPM <jarak> no kad pengenalan <jarak> angka giliran
  2. Hantar ke 68886.

Adalah diingatkan perkhidmatan SMS mula diaktifkan bermula 10 pagi 10 Jun 2021 sehingga 6 petang 17 Jun 2021.

Setiap pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan SMS.

Masalah Capaian Internet

Bagi sekolah yang mempunyai capaian internet, KPM memaklumkan pihak sekolah akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut.

Untuk calon persendirian pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tersebut.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang masalah mengenai keputusan SPM ini boleh dirujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More