Sumber Rujukan Globalisasi Anda

e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPR

Mulai 15 Jun 2021, pemohon boleh mula membuat rayuan BPR di perkhidmatan kaunter BPR yang akan beroperasi sepenuhnya melalui e-Janji Temu LHDN.

Untuk makluman semua, hanya pemohon yang membuat janji temu secara dalam talian sahaja dibenarkan berurusan di kaunter BPR LHDNM.

e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPR

Di sini dikongsikan cara membuat e-Janji Temu LHDN di Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) menerusi perkhidmatan e-Janji Temu.

Isi Kandungan

Apakah e-Janji Temu LHDN?

e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

  • e-Janji Temu akan dibuka mulai 14 Jun 2021.
  • Tarikh Janji Temu akan bermula pada 15 Jun 2021.

Waktu Operasi Kaunter BPR

Waktu operasi kaunter BPR adalah seperti berikut:

Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari (Hari bekerja)
e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPR

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan BPR yang ditawarkan secara janji temu adalah seperti berikut:

  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Lain – lain

Walau bagaimanapun pemohon disarankan untuk mengakses secara dalam talian di Portal Rasmi BPR tanpa hadir ke kaunter.

Janji temu hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.

Baca Juga: Rayuan BPR dibuka mulai 15 Jun

Cara Membuat Permohonan Janji Temu LHDN

  1. LAYARI LAMAN WEB BPR (https://bpr.hasil.gov.my).
  2. KLIK PADA MENU E-JANJI TEMU
  3. ISIKAN BUTIRAN PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE
    • Nama
    • No Mykad
    • Negeri
    • Cawangan
    • Pengesahan Captcha
    • Tujuan Janji Temu
    • Tarikh
    • E-mel
    • No Telefon
  4. HANTAR & CETAK

e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPR

e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPR

e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPR

Sila PASTIKAN anda mencetak / memuatnaik / screenshot surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal Rasmi BPR atau e-mel yang telah didaftarkan dan kemukakan semasa hadir ke Cawangan LHDNM yang dipilih sebagai bukti janji temu.

Maklumat lanjut, sila rujuk panduan pengguna e-Janji Temu.

Syarat Permohonan Janji Temu

  • Hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon.
  • Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan

Pembatalan & Tukar Tarikh Janji Temu Di Kaunter BPR

Anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat seperti berikut:

e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPR

Pemohon BPR

  1. Log masuk MyBPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Pilih menu e-Janji Temu
  3. Klik Senarai eJanji Temu; atau
  4. Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan

Selain Pemohon BPR

Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya semua slot penuh atau anda tidak dapat membuat janji temu dengan pihak LHDN, silahubungi talian Cawangan LHDNM atau Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747 atau Hotline BPR MOF 03-8882 4565 / 03-8882 4566 bagi mendapatkan bantuan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More