Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Daging Bakar Danok

Resepi daging bakar Danok. Bunyi resepinya sudah membuatkan penulis terliur, apalagi bila nampak gambar Daging Bakar Danok. Meleleh air liur nampak sambalnya. Alahai…ni kalau kena Bulan Ramadhan ni buat menu berbuka puasa pun sesuai sangat ni. Ops… Bulan Ramadhan dah dekat, rasanya tinggal 21 hari saja lagi kan.

Sementara tu, meh pakat-pakat salin dan kumpul resepi untuk persediaan menyediakan menu berbuka puasa nanti. Supaya tidaklah terkejar-kejar mencari idea nak masak apa esok..lusa dan seterusnya.

Penulis nak berkongsi Resepi Daging Masak Danok, khabarnya resepi ini dari Thailand tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Diaz Yushazlina melalui FB beliau. Mari kita lihat bahan-bahannya serta caranya sekali.

Isi Kandungan

Bahan-bahan perapan Daging Bakar Danok:-

  • Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 2@3 sudu besar Brown sugar
  • Sekeping gula melaka
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan-bahan untuk sos

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu besar Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
  • 1@2 ulas bwg putih
  • 1@2 sudu kecil Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil brown sugar
  • 1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
  • Chili flakes
  • 1 sudu kecil sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 Bawang besar (hiris nipis)

    Cara untuk menyediakannya

  • Tumbuk akar daun ketumbar & bawang putih smpai lumat
  • Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yang disangai,perahan limau nipis
  • Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah untyk pekatkan sos)
  • Masukkan daun ketumbar yang dipotong
  • Masukkan chili flakes(kalau suka pedas boleh tambah)
  • Masukkan bawang besar yg dipotong tadi
    ~~kalau tawar juga tambah  garam sikit ok

    # daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dalam 20 hingga 30 minit dan bergantung juga pada tahap air yang keluar dari perapan masing-masing ye..buka api slow
    # untuk daging cepat lembut bila nak masak..perap la semalaman & hiris halia keping-keping..perap sekali dengan daging

    Masa Perintah  Kawalan Pergerakanni pun, korang semua boleh saja cuba masak resepi Daging Bakar Danok ni. Apapun, kalau tiada bahan-bahan janganlah pula bergegas hendak keluar membeli ya. ngaPKP pun boleh dicuba. Salin je dulu resepi ni.

#StayAtHome ya

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More