Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2022 (BAP 2022) – TARIKH BAYARAN JANUARI 2022

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah bantuan sebanyak RM100 yang diberikan kepada semua murid sekolah yang layak setiap tahun. Kini Bantuan Awal Persekolahan telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM150. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan diagihkan pada setiap awal tahun persekolahan.

Terdahulu, kerajaan telah membentangkan intipati belanjawan 2022 yang merangkumi pelbagai rancangan pemulihan negara dan juga bantuan rakyat 2022. Antara manfaat utama bajet 2022 ialah bantuan untuk rakyat, perniagaan dan komuniti.

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2022 (BAP) akan mula diagihkan bermula 17 Januari 2022.

bantuan awal persekolahan

Isi Kandungan

APAKAH KRITERIA-KRITERIA YANG DITETAPKAN?

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa);

Bantuan awal persekolahan ini akan dibayar secara sekaligus (one-off) kepada ibubapa/penjaga murid-murid.

BAGAIMANAKAH KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN?

BAP akan terus dikreditkan ke :

  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah PPD bagi sekolah yang tiada akaun KWK.
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan.

BILAKAH TARIKH BAYARAN?

Bayaran akan mula diagihkan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak. Terkini, KPM telah mengumumkan tarikh pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2022 (BAP) akan mula diagihkan bermula 17 Januari 2022.

BAP 2022 akan diberikan kepada murid yang akan memasuki sesi persekolahan tahun 2 sehingga tingkatan 5 bagi sesi 2022/2023 dan tahun 1 sehingga tingkatan 4 sesi 2021/2022.

Manakala bagi murid tahun 1 yang bakal mendaftar sesi persekolahan pada Mac ini pula akan diberikan kepada mereka selepas pendaftaran selesai.

BAP akan dibayar kepada pelajar yang layak iaitu bagi isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN BAP 2022?

Bayaran BAP akan diberikan sebanyak RM150 setiap seorang pelajar.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibubapa tidak perlu mengemukakan apa-apa borang permohonana berikutan murid akan dipilih berdasarkan data pendapatan ibubapa dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Sehubungan itu, ibubapa atau penjaga hendaklah mengemaskini data pendapatan terkini sekiranya terdapat perubahan dalam pendapatan terkini.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2022

MAKLUMAT LANJUT :

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :

Semoga dengan adanya bantuan rakyat ini dapat menjadi suar harapan ketika kemelut pandemik Covid-19 ini. Diharapkan agar perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang terbeban terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik yang masih belum berakhir sehingga hari ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More