Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN RAKYAT 2022 – Intipati Belanjawan Dan Senarai Bantuan

Bantuan Rakyat 2022 ini bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Tema ini selari dengan selogan yang seringkali diucapkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam setiap ucapan rasmi beliau juga dalam setiap pengumuman dalam media sosial.Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan. Untuk bantuan sebelum ini iaitu bantuan 2021 yang merangkumi PEMULIH 2021 – Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi hampir berakhir memandangkan kita sudah berada di penghujung tahun 2021. Sebanyak RM332.1 bilion telah disediakan dalam Bajet 2022, iaitu capaian tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Semoga dengan adanya bantuan rakyat ini, menjadi suar harapan, terang menyinar kehujung kemelut pandemik dalam mengharungi Norma Baharu. Mari kita nikmati manfaat untuk rakyat dengan Bajet 2021 yang tersedia ada untuk kita semua. Antara manfaat utama bajet 2022 ialah Bantuan untuk rakyat, perniagaan dan komuniti. ketiga-tiga kategori ini akan diberikan kepada para penerima yang layak.

Bantuan Rakyat 2022
Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM5,000.

Isi Kandungan

BANTUAN RAKYAT 2022

Menerusi Bajet 2022, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan Kerajaan untuk melaksanakan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia bermula Januari 2022. PERKESO komited untuk melaksanakan inisiatif ini.

Jom kita saksikan Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) di Parlimen.

Bajet 2022 ini dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama. Beliau turut memberi jaminan program bantuan dan sokongan akan diteruskan untuk pemulihan daripada kesan jangka panjang pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi.

Matlamat Bajet 2022

Kerajaan sekarang lebih memfokuskan pada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).

  • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
  • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
  • Memangkin Pembaharuan

manfaat bantuan rakyat

Berita baik bagi rakyat Malaysia, Kerajaan akan  memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding tahun 2021. Semoga usaha dari kerajaan ini membantu sedikit sebanyak kepada rakyat yang terjejas, dan kerajaan akan terus komited dalam memberikan bantuan khusus dalam masa yang sama berusaha sebaik mungkin dalam memulihkan ekonomi negara.

Menurut beliau, pada tahun 2022, unjuran pertumbuhan ekonomi negara berkembang sehingga 5.5 – 6.5% dan ini memberikan impak positif kepada ekonomi negara terutama pada musim pandemik melanda di negara kita.

Berikut juga merupakan antara Belanjawan 2021 yang pernah diumumkan sebelum ini iaitu :

  1. GKP 4.0 PEMULIH : Permohonan Dan Semakan Geran Khas Prihatin 4.0
  2. Bantuan Hilang Pekerjaan 2021 PEMULIH : RM500 Kepada 1 Juta Ahli
  3. Cara Membuat Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
  4. Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran
  5. BigPay E-Wallet Penebusan E-Belia RM150

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang perangkaan Bajet 2022 dan antara bantuan yang menjadi perhatian dalam pembentangan nanti.

bantuan rakyat

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal melalui Belanjawan 2022 dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelumnya agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

bantuan rakyat

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan, terdapat 4 kategori bantuan yang boleh kita perolehi termasuklah :

PECAHAN BANTUAN

 MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN BANTUAN 

KATEGORI 1

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000

KATEGORI 2

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500

KATEGORI 4

  • Bantuan RM300 untuk warga ema

Bantuan Rakyat Melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan

bantuan rakyat

Bantuan Rakyat E-Start

Bantuan e-Wallet RM150 melalui program eStart 2022 akan diberikan kepada golongan belia yang telah diputuskan oleh kerajaan dalam Bantuan Rakyat 2022 ini. Seramai 2 juta golongan belia di seluruh negara akan menikmati manfaat ini. Anda boleh merujuk di Bantuan e-Wallet RM150 untuk Golongan Belia – eStart 2022untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bantuan untuk golongan belia ini.

bantuan rakyat

Jom kita tonton Senarai Bantuan Kerajaan bagi tahun 2022 ini. Semoga ianya membantu sedikit sebanyak kepada kita semua.

BANTUAN RAKYAT 2022

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022. Berikut adalah link yang menyediakan bantuan secara lebih detail berkenaan dengan bantuan rakyat.

Nota : Sila klik untuk terokai bantuan Bajet 2022 mengikut keperluan anda

 

Lain-lain Inisiatif & Bantuan

  • Pengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40
  • Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan Perkeso
  • Untuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.
  • Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.
  • RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.
  • RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.
  • RM300 juta bagi Program e-Start – Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPT
  • Subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40
  • Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan
  • Peruntukan khusus RM30 juta naik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU
  • Kerajaan setuju tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan motor kepada semua kenderaan persendrian dimiliki OKU
  • Pihak swasta diseru beri elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar jalani program latihan industri

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More