Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA TEBUS BAUCER RM400 SHOPEE

Baucer RM400 Shopee adalah baucer yang diberikan oleh kerajaan dalam Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0. Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini.

Kerajaan  telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga. Tujuan program ini dilancarkan adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan barang elektrik yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.

Anda juga boleh mengetahui tentang cara membuat permohonan Skim Pembiayaan Informal Dan Mikro (SPIM TEKUN 2022).

BAUCER RM400 SHOPEE

Isi Kandungan

APAKAH BAUCER RM400 SHOPEE/PROGRAM SAVE 3.0?

Program SAVE 3.0 adalah program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENEBUS BAUCER RM400 SHOPEE?

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  1. Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

APAKAH KATEGORI PROGRAM SAVE 3.0?

Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu :

  1. Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin;
  2. Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

BAUCER RM400 SHOPEE

BERAPAKAH KADAR REBAT/BAUCER?

  • Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

BAGAIMANAKAH CARA MENEBUS BAUCER RM400 SHOPEE?

Cara menebus baucer/rebat SAVE 3.0 di Shopee adalah seperti di bawah :

BAUCER RM400 SHOPEE

BAUCER RM400 SHOPEE

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PENEBUSAN?

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan seperti berikut :

  • Selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.

Semoga baucer RM400 ini dapat digunakan dengan sebaiknya sebagai langkah penjimatan. Selain dapat berjimat dari segi pembelian barangan elektrik, kita juga dapat berjimat dari segi pembayaran bil elektrik bulanan. Sebarkan kepada keluarga/kawan-kawan untuk manfaat bersama.

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More