Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DI MANA MOTOSIKAL PEMUDA YANG DI TEMUI MENINGGAL SETELAH 42 HARI HILANG?

Susulan kisah seorang pemuda yang dilaporkan hilang pada 13 mac 2020, semasa mayatnya ditemui, mangsa masih memakai topi keledar dan lengkap berpakaian. Beg dan indentiti mangsa juga tidak hilang. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana kejadian ini berlaku dan juga di manakah motosikal mangsa?

DI MANA MOTOSIKAL PEMUDA YANG DI TEMUI MENINGGAL SETELAH 42 HARI HILANG? 1
MOTOSIKAL

IDENTITI PEMILIK MOTOSIKAL

“Kami tertanya-tanya mana motosikalnya ketika mayat arwah ditemui di lebuh raya,” kata Ahmad Alaudin Mustafa, 67.

Beliau adalah bapa kepada Ahmad Farid, 19, pemuda yang ditemui mati dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Nilai, kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu lalu.

Ahmad Alaudin, 67, dari Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, Melaka, berkata persoalan mengenai motosikal milik anak bongsu daripada lima beradik itu timbul kerana mereka tidak tahu sama ada punca kematiannya akibat kemalangan atau tidak.

Pesara kerajaan itu yang kelihatan masih bersedih dengan pemergian anaknya, berkata Ahmad Farid dipercayai menunggang motosikal untuk ke Ampang, Kuala Lumpur pada malam 13 Mac lalu bagi meraikan hari jadi rakan dan dimaklumkan bergerak pulang ke Melaka sekitar jam 3.30 pagi.

“Bagaimanapun motosikal yang ditunggangnya tiada bersama ketika mayatnya ditemui. Timbul tanda tanya sama ada arwah kemalangan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ), di sini, hari ini.

Ahmad Alaudin bersama tiga lagi anaknya tampil di HTJ untuk membuat pengecaman serta menuntut jenazah untuk urusan pengebumian di Melaka.

Kakak arwah, Nur Syafiqa, 23, berkata keluarga sedih kerana selepas lebih 40 hari mencari Ahmad Farid termasuk mengedarkan gambar arwah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), mereka akhirnya mendapat jawapan amat memilukan.

“Usaha mencari dilakukan kerana adik gagal dikesan selepas keluar rumah pada 13 Mac. Selepas laporan polis mengenai kehilangannya dibuat di Balai Polis Durian Tunggal pada 16 Mac dan kali kedua pada 22 Mac, kami masih tidak terima sebarang maklumat daripada pihak berkuasa atau apa-apa petunjuk.

“Dalam keadaan pergerakan terbatas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac, kami tetap terus berusaha. Kakak mencari di sekitar Kuala Lumpur sambil mengedarkan gambar arwah di R&R lebuh raya.

DI MANA MOTOSIKAL PEMUDA YANG DI TEMUI MENINGGAL SETELAH 42 HARI HILANG? 2

“Kami sekeluarga turut mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat agar mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Tak sangka apabila diberitahu mayat arwah sudah ditemui di lebuh raya,” katanya sambil menambah, adiknya itu baharu sahaja bekerja di syarikat pengeluar komponen pesawat di Melaka.

Katanya, Ahmad Farid memang agak pendiam dan rakannya cuma dalam kalangan jiran serta saudara mara terdekat, malah arwah juga bukan seorang yang suka keluar rumah atau melepak, sebaliknya mendengar nasihat serta sentiasa bersama keluarga.

“Pada hujung minggu dan hari tidak bekerja, dia selalu balik ke kampung asal kami di Bachang, Melaka kerana di sana ramai saudara mara,” katanya sambil menambah, jenazah adiknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Tunggal, lewat petang ini.

Semalam, media memetik Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata mayat seorang lelaki yang sudah reput dan tinggal rangka dengan topi keledar masih di kepala, ditemui di dalam longkang di tengah-tengah lebuh raya.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut selepas hasil siasatan awal tidak menemui sebarang unsur perbuatan khianat untuk dikaitkan dengan kematian mangsa.

sumber : berita harian

DI MANA MOTOSIKAL PEMUDA YANG DI TEMUI MENINGGAL SETELAH 42 HARI HILANG? 3

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More