Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020

Isi Kandungan

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Kepada Golongan B40 (RMMT)  Secara Online

Rumah merupakan aset penting yang menjadi idaman setiap individu. Antara faktor pendorong utama yang menjadi sebab kenapa anda perlu beli rumah ialah kerana harga rumah yang semakin meningkat hari demi hari, polisi bank dan juga bagi memastikan pemilikan rumah di kalangan Bumiputera meningkat.

Semua orang sedia maklum bahawa rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia di muka bumi. Oleh itu, memiliki rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh dan berlindung.

Apabila anda mempunyai sebuah rumah, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset. Hal ini kerana, hartanah dikira sebagai aset dan bukan lialibiliti. Rumah juga mampu dijadikan cagaran kepada pihak bank bagi urusan perundangan dan perbankan.

Apabila anda telah tua kelak, memiliki rumah merupakan satu bonus kepada anda untuk diwariskan kepada waris anda. Boleh jadi rumah tersebut menjadi tempat tinggal anak – anak anda mahupun dijual untuk mendapatkan tunai.

Namun bukan itu yang ingin penulis mahu anda semua fokuskan. Di sini dikongsikan. Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Kepada Golongan B40 (RMMT)  Secara Online.

Berita baik buat anda khususnya rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki rumah. Untuk makluman, kerajaan Negeri Terengganu menawarkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) kepada golongan yang berpendapatan rendah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mampu Milik Terengganu secara atas talian (online) menerusi laman web eperumahan.terengganu.gov.my.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON RMMT

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Secara Online

Rumah Mampu Milik Terengganu
  1. Buat Pendaftaran secara Online DI SINI Pemohon perlu membuat akaun terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.
  2. Sila buat username dan kata lauan sendiri. Pilihlah username dan password yang memang anda akan ingat. Pengaktifan akan dilakukan secara automatik oleh sistem.
  3. Log Masuk ke akaun pemohon DI SINI. Menggunakan username dan password yang anda telah daftarkan tadi,
  4. Kilk pada Permohonan Saya. Pilih Daerah Projek Perumahan.
  5. Isi atau kemaskini maklumat pemohon dan klik HANTAR.

PERTANYAAN MENGENAI RMMT

Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mampu Milik Terengganu, sila hubungi di talian:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Telefon : 09 – 626 7999 / 09 – 631 7999
Faks : 09 – 6262999

Penafian : Kerajaan Negeri tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam urusan permohonan rumah mampu milik (RMM). Pihak Tcerdotmy hanya bantu memberi perkongsian tentang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Secara Online.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More