Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu bagi tahun 2021

Kerajaan Negeri Terengganu menyasarkan untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat negeri Terengganu menjelang tahun 2022 dan dijangka siap secara berperingkat bermula tahun 2021.

Oleh hal demikian , Pihak Kerajan Negeri Terengganu mempelawa seluruh rakyat Terengganu yang berkelayakan untuk memohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu ini agar rakyat negeri ini dapat menikmati rumah yang selesa.

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan 

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Cara Momohon

1. Melakukan Pendaftaran Online di Eperumahan Terengganu

Rumah Mampu Milik

2. Log masuk ke akaun pemohon

Rumah Mampu Milik

3. Pilih Daerah Projek Perumahan

Rumah Mampu Milik

4. Isi atau kemaskini maklumat pemohon dan klik Hantar

5. Segala urusan atau pertanyaan hendaklah merujuk terus kepada :

Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan),
Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tel : 09 6267 999 / 09 6317 999
Faks : 09 6262 999
Emel : [email protected]

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu bagi tahun 2021  ini akan memberi sedikit info dan manfaat kepada semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dilawati:  Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More