Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan

Biasa kita mendengar Kata Pepatah Memelihara Kerbau Sekandang Lebih Mudah Dari Menjaga Anak Dara Seorang. begitu juga dengan anak perempuan. Disini kami ingin kongsikan 5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan kepada semua.

Anda memiliki seorang atau lebih anak perempuan? Tahniah kerana itu rezeki anda. Jangan mengeluh jika tidak dikurniakan anak lelaki.

5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan
5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan 2

Bagaimana jika anda yang hanya memiliki anak lelaki sahaja? Pasti teringin ada anak perempuan.

Manusia. Ya kita semua tidak akan pernah merasa cukup. Jika belum dikurniakan anak, mahukan anak. Bila ada rezeki anak, dapat anak lelaki atau perempuan akan bertambah kemahuan untuk memiliki anak perempuan/lelaki.

Walau apapun, samada lelaki atau perempuan anak yang kita miliki itu jaga dan didiklah dengan sebaiknya. ianya terkandung dalam 5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan.

Namun, tahukah anda sebagai ibubapa? Ada  bezanya cara mendidik anak-anak lelaki dan perempuan ini. Berikut adalah yang dikongsikan oleh Dr.Taufiq Razif 5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan.

Perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif The Pro Parenting, Dr Taufiq Razif mengenai lima perkara penting yang perlu diajarkan pada anak perempuan sebelum mereka masuk ke alam remaja, boleh dijadikan panduan.

Ajarkan 5 Perkara Ni Secepatnya Kepada Anak Perempuan Kita Sebelum Mereka Masuk Ke Alam Remaja

Isi Kandungan

Ajarkan 5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan sebelum mereka masuk ke alam remaja.

1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU

  • Kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah dan harga diri mereka.

2. Ajarkan anak perempuan kita BATAS AURAT mereka

  • Kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul.

3. Ajarkan anak perempuan kita akan tanda dan persiapan AKIL BALIGH mereka

  • Kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama.

4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG

  • Tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul dan bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka.
  • Ceritakan kepada mereka juga akan kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi.

5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK DAN BERHARGA DARI DALAMAN

  • Penting untuk anak perempuan kita merasakan bahawa mereka cantik secara dalaman supaya mereka tidak haus pujian daripada orang luar.
  • Itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata-kata penghargaan terutama kepada anak perempuan.
  • Ingat, jiwa anak perempuan tersangatlah sensitif, lembut dan rapuh kerana mereka dicipta untuk dibimbing, dilindungi dan disayangi.

Semoga artikel berkenaan dengan 5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan ini bermanfaat dan membantu anda sebagai ibubapa dalam mendidik anak-anak perempuan anda.

Nasihat Untuk Anak Lelaki/Perempuan :

1. Jika anda anak lelaki

Belajarlah memahami mengapa emak ayah kekadang dilihat melebih dan memanjakan adik perempuan atau kakak.

 2. Jika anda anak perempuan

Jika anda anak perempuan sebuah keluarga, saya mengajak anda untuk menjadi anak yg menyebabkan kedua ibubapa anda masuk syurga dg menjadi anak yg solehah,yg tidak berbuat mungkar,menjaga nama baik ibubapa dan maruah diri.

Jika anda anak perempuan yang berbimbang apakah ibu ayah yang telah kembali mendapat tempat yang baik disisi Allah, bukanlah membanyakkan kenduri arwah, tetapi perbaikilah diri untuk menepati wanita beriman, janji nabi untuk bersama ibubapayang mendidik anak perempuan dengan baik adalah benar.

Saidatina Aishah meriwayatkan satu kisah,seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga biji kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing sebiji buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri.Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut.

Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, : Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka” (H.R Muslim )

Hadis ini menunjukkan layanan kepada anak perempuan hendaklah diberi penekanan. Keperluan peribadi mereka sebaiknya ditanya dan dipenuhi kerana sifat malu terutama bila tubuh berubah. Semoga artikel berkenaan dengan 5 Perkara Penting Diajarkan Pada Anak Perempuan memberi seribu satu manfaat kepada semua. Selain itu, anda juga mesti membaca artikel berkenaan dengan Elak Dedah Penggunaan Gadjet Kepada Kanak-Kanak Sebelum Usia 2 Tahun terutama para ibubapa yang mempunyai anak kecil. Ianya penting untuk perkembangan otak anak-anak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More