Sumber Rujukan Globalisasi Anda

1 RESEPI NASI ULAM UTARA YANG MARVELOUS

Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia, Indonesia dan Thailand selatan. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah.

Mari lihat perkongsian daripada Puan Anyta nyta yang dikongsikan di ruangan facebook :

Sy share kn resepi mak sy..mohon ahli doakn mak sy minah wahab…MAK SY SIHAT WALAFIAT LAGI.CUMA NK HADIAHKN PAHALA SEBB SUDI KONGSI ILMU…😃😃
Resepi nasi ulam utara

1 RESEPI NASI ULAM UTARA YANG MARVELOUS 1
1 RESEPI NASI ULAM UTARA YANG MARVELOUS 3

Bahan yang diperlukan:

3 cawan nasi putih
3 batang serai (ditumbuk)
2 inci lengkuas (ditumbuk bersama 1/2 inci belacan)
Satu paket kecil lada hitam (ditumbuk halus)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
Halia (dipotong dadu halus)
Satu senduk kerisik
Sedikit garam
Pucuk-pucuk ulam (Nota: Jika mahu sedap, ulam harus banyak)
Ulam (dipotong halus-halus, daun selom dan daun pegaga boleh letak banyak)
Isi ikan kering talang (digoreng dan ditumbuk halus)

resipi nasi ulam utara

Cara penyediaan:

1. Gaul nasi dengan kerisik.
2. Masukkan ikan kering yang telah ditumbuk dan gaul rata.
3. Jika nasi sudah rasa garam, tidak perlu tambah garam lagi.
4. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan gaul rata.
5. Masukkan ulam yang telah dipotong halus.
6. Jika suka lada boleh masukkan lebih sedikit.

Nasi ulam utara siap untuk dinikmati seisi keluarga. Selamat mencuba!

 
kredit : anyta nyta

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More