Bantuan SARA RM100 Untuk Semua Rakyat Malaysia Mulai 31 Ogos 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Bantuan SARA RM100 untuk semua rakyat Malaysia yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada baru-baru ini.
Isi Kandungan
Pelaksanaan Bantuan SARA RM100
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan SARA RM100 secara one-off menerusi MyKad mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan asas di 4100 kedai seluruh negara.
Perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat Malaysia pada 23 Julai 2025.
Dengan ini, seramai 22 juta rakyat Malaysia layak menerima pengkreditan ini secara individu. Langkah ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM400, dan bukannya hanya RM100.
Kredit SARA boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori, antaranya beras, telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan sekolah.
Kredit RM100 ini akan sah digunakan sehingga tarikh luputnya, iaitu pada 31 Disember 2025. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.
Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan Kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus bersama mendukung reformasi fiskal negara dan ia juga mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mengagihkan semula kekayaan negara yang semakin berkembang hasil daripada keberanian melaksanakan langkah-langkah pembaharuan fiskal dan pengurusan ekonomi yang lebih cekap, berlandaskan hala tuju yang dipeta dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Syarat Kelayakan Bantuan SARA RM100
Berikut adalah kelayakan Bantuan SARA RM100, iaitu
- Setiap individu rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas layak secara automatik.
- Tiada permohonan diperlukan.

Cara Penggunaan Bantuan SARA RM100
Cara membuat pembelian menggunakan Bantuan SARA RM100 ini adalah seperti langkah-langkah berikut:
| Langkah 1 | Pilih Barangan Keperluan Rakyat Malaysia boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. |
| Langkah 2 | Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. |
| Langkah 3 | Imbas Kod Barangan Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. |
| Langkah 4 | Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. |
| Langkah 5 | Simpan Resit Untuk Semakan Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian. |
| Langkah 6 | Semakan Baki Bantuan SARA Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut: 1. Semakan baki pada resit pembelian. 2. Semakan pada portal rasmi MyKasih: >>>Semakan Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima Disini<<< Baki yang masih ada di dalam akaun MyKad penerima boleh digunakan berulang kali sehingga habis sebelum 31 Disember 2025. |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA RM100 ini, sila rujuk portal rasmi MyKasih dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!




