Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat Malaysia

YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman penghargaan untuk semua rakyat Malaysia pada jam 10.30 pagi, 23 Julai 2025.

Isi Kandungan

Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri

Penghargaan yang dijanjikan ini adalah sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.

Berikut adalah rumusan tentang pengumuman penghargaan yang telah diumumkan sebentar tadi.

SARA Untuk Semua

Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia dewasa yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pemberian menerusi MyKad mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan asas di 4,100 kedai MyKasih.

Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk tahun 2025.

Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat Malaysia 1

Kadar Tol Kekal

Kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta untuk memastikan tiada kenaikan kadar tol di lebuh raya yang dijadualkan meningkat tahun ini mengikut perjanjian.

Memperbanyak Jualan Rahmah MADANI

Peruntukan Jualan Rahmah MADANI telah ditingkatkan sekali ganda kepada RM600 juta. Antara langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Kerajaan adalah:

  • Mempelbagai jenis barangan keperluan harian.
  • Meningkatkan kekerapan jualan.
  • Memperluas lokasi meliputi semua 600 DUN.
Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat Malaysia 2

Penghargaan Sempena Hari Malaysia

Sempena Hari Malaysia pada 16 September 2025 (Selasa), 15 September 2025 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan dan sebagai penghargaan kepada semangat perpaduan.

Bil Elektrik Turun

Mulai Julai 2025, 85% pengguna akan menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14% lebih rendah hasil penstrukturan tarif elektrik.

Pengumuman Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat Malaysia 3

Penyasaran Subsidi Petrol RON95

Rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 yang lebih rendah, iaitu RM1.99 seliter.

Penurunan ini hasil penyasaran subsidi yang memanfaatkan lebih 18 juta rakyat Malaysia termasuk penunggang motosikal, pemandu kereta dan pekerja gig.

Penyasaran subsidi petrol RON95 ini akan diumumkan pada bulan September.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengumuman penghargaan ini, rakyat Malaysia boleh rujuk media sosial Anwar Ibrahim dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Semoga pengumuman penghargaan ini memberi manfaat buat rakyat Malaysia dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More