Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 untuk rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0?

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 merupakan inisiatif strategik oleh Kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko.

Bermula 1 September 2025, seramai 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan menerima subsidi baucar bernilai RM30.

Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 ini boleh digunakan untuk membeli atau memperbaharui produk mikroinsurans dan mikrotakaful di bawah Perlindungan Tenang yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen yang mengambil bahagian.

Perlindungan Tenang membantu menyediakan perlindungan kewangan yang mampu milik dan mudah didapati, khas untuk golongan yang memerlukan.

Mulai 1 September 2025, penerima STR boleh menebus baucar bernilai RM30 ini bagi membantu membiayai sebahagian kos produk insurans dan takaful mampu milik yang mempunyai jumlah premium atau sumbangan tahunan sekurang-kurangnya RM50.

Dengan kerjasama industri insurans dan takaful, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM60 juta di bawah Belanjawan 2025 untuk menampung kos produk perlindungan di bawah PTV3.0, bagi memastikan akses yang lebih meluas kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Usaha ini melengkapi inisiatif lain seperti Skim Perubatan MADANI dan PeKa B40, bagi memperkukuh jaring keselamatan sosial menerusi kerjasama awam-swasta yang bersasar.

Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 1
Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 2

Cara Semakan Kelayakan PTV3.0

Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 ini berkuatkuasa bermula 1 September 2025 sehingga 31 Disember 2025 atau sehingga semua baucar telah ditebus, mana-mana yang terdahulu.

Baucar ini akan diberikan kepada 2 juta penerima STR yang layak berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Penerima STR boleh menyemak kelayakan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1Layari portal rasmi MyPTV.
Langkah 2Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
Langkah 3Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV3.0 untuk menyemak kelayakan anda.

Cara Penebusan Baucar PTV3.0

Terdapat dua (2) kaedah untuk menebus Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 ini, iaitu seperti berikut:

Kaedah 1 – Penebusan Baucar Untuk Pembelian Produk Atas Talian1. Layari portal rasmi MyCoverage.
2. Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV3.0”. Klik ikon logo syarikat / produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
3. Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
4. Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai / membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan, umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
Kaedah 2 – Penebusan & Pembelian Di Kaunter1. Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai / membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen / pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful.
2. Fahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
3. Jika anda memilih untuk meneruskan pembelian produk, anda perlu memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Program Baucar Perlindungan Tenang ini, sila rujuk portal rasmi MyCoverage untuk ketahui produk-produk Perlindungan Tenang yang disediakan atau terus hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di talian 03 – 7723 9333 untuk sebarang pertanyaan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More