Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Aktifkan Semula Akaun myASNB

Isi Kandungan

Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)

Cara aktifkan semula akaun ASB (myASNB) kini boleh dibuat melalui atas talian iaitu online.

Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk dalam tempoh yang lama. Maka untuk memudahkan urusan pelanggan, anda kini boleh mengaktifkannya semula melalui e-mel.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia merupakan platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Dengan memiliki akaun myASNB secara online, maka pengguna tak perlulah beratur untuk membuat simpanan pelaburan atau pengeluaran lagi.

Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.

Cara Pengaktifan

Kini anda boleh emel maklumat peribadi anda untuk aktifkan semula akaun myASNB dan tidak perlu lagi hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB atau ke Cawangan ASNB,

Ikuti langkah – langkah yang disediakan dibawah untuk secara online:

  1. Sediakan dokumen pengesahan diri
    • Gambar swafoto bersama MyKad
    • Gambar atau salinan MyKad
    • Salah satu dokumen sokongan: Lesen memandu bergambar, Pasport, Penyata bank persendirian, Bil utiliti elektrik, air telefon dan sebagainya.
  2. Emel ke 𝗺𝘆𝗮𝘀𝗻𝗯𝗶𝗱@𝗽𝗻𝗯.𝗰𝗼𝗺.𝗺𝘆

aktifaktif

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh melayari laman web https://www.myasnb.com.my/ ATAU menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Artikel lain: i-Saraan KWSP, PKP 16Mac

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More