Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Aktiviti merangsang otak kanan

Aktiviti merangsang otak kanan amatlah penting bagi perkembangan setiap kanak-kanak terutama pada usia kecil. Rangsangan otak kanan dengan teknik yang betul mampu menjadikan anak anda pintar. Ibu dan bapa perlu bijak memainkan peranan membantu merangsang otak kanan si kecil.Perlu diingat yang setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza kerana mereka menerima rangsangan yang berbeza daripada ibu bapa masing-masing.

Bagaimanapun masih belum terlambat untuk ibu bapa membantu merangsang perkembangan anak mereka menjadi lebih pantas. Perkembangan anak boleh dilakukan dengan cara merangsang peranan otak kanan mereka.

Isi Kandungan

Fakta berkenaan dengan rangsangan otak kanan

Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan. Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span. Mereka mudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Boleh juga baca artikel ini untuk ilmu tambahan.

Aktiviti merangsang otak kanan

Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan. Selain daripada melakukan aktiviti dibawah, anda juga boleh rujuk PUPUK KREATIVITI ANAK ANDA DENGAN AKTIVITI INI bagi anak-anak

1. Bermain tanah liat

Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir. Disini kami kongsikan 2 CARA BUAT SLIME MESRA KANAK-KANAKuntuk para ibubapa dalam melalukan aktiviti seperti ini. Cubalah!

Aktiviti merangsang otak kanan

2. Membuat Origami

Belajar pelbagai lipatan kertas bagi membuat bermacam bentuk. Permainan seperti ini boleh memupuk minat anak-anak terhadap sesuatu bentuk secara fizikal. Ianya sangat menarik untuk dibuat dan anda juga boleh Cara Buat Origami. Aktiviti Untuk Anak-anak untuk aktiviti bersama anak.

Aktiviti merangsang otak kanan

3. Menggunting

Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar. Ianya akan lebih menarik jika kita menggunakan pelbagai bentuk dan warna kertas. Menggunting menggunakan pergerakan tangan dan secara automatik akan meransang perkembangan otak.

Aktiviti merangsang otak kanan
4. Masukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman

Aktiviti seperti ini lebih berfokuskan sensori untuk anak-anak. Dalam aktiviti ini, fokus terhadap sesuatu aktiviti akan diterapkan untuk anak-anak dalam menyiapkan aktiviti mereka. Ia juga boleh memberikan anak-anak dapat mengawal emosi mereka.
Aktiviti merangsang otak kanan

5. Melukis

Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan. Ini juga boleh merangsang otak kanak anak-anak disamping memupuk kretiviti anak.

Aktiviti merangsang otak kanan
6. Bercerita

Anda boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi dengan semaksima mungkin. Perbanyakkan membaca buku cerita kepada anak sehingga ‘bed story time” untuk anak-anak.

Para ibubapa juga perlu mengamalkan “Speak Louder” kepada anak-anak untuk memupuk minat dalam membaca buku. Pada zaman yang serba moden, terdapat banyak buku cerita versi digital seperti Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak ini.
Aktiviti merangsang otak kanan

7. Bermain teka-teki dengan anak.

Caranya, letakkan satu barang dalam kotak/bekas, suruh anak teka barangan tersebut atau teka bentuk dan warnanya. AKtiviti ini boleh merangsangkan lagi otak pemikiran anak disamping bermain dalam memuput ikatan yang kuat dengan ibubapa mereka.

Aktiviti merangsang otak kanan
8. Kad imbasan.

Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

Aktiviti merangsang otak kanan

Disarankan tidak perlu lama membuat aktiviti ini, cukup sekadar 30 minit untuk mengelakkan anak anda bosan. Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa. Akan tetapi, semua aktiviti di atas perlu dilakukan bersama-sama anak-anak untuk mengeratkan ikatan antara kita dengan anak-anak. Ingat, perkembangan anak dari kecil sangat penting dan binalah asas itu sebaik mungkin.

Justeru itu, Aktiviti merangsang otak kanan perlu dilakukan semaksima mungkin untuk memastikan perkembangan anak-anak berkembang dengan jayanya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More