Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak

HIMPUNAN BUKU CERITA KANAK-KANAK ini adalah sebahagian buku cerita digital yang telah berjaya dikumpul dan dikemaskini oleh kami.

Kebelakangan ini, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak semakin pupus ditelan arus pemodenan. Ini mengakibatkan masih ada lagi kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca khasnya. Punca permasalahan berkemungkinan disebabkan oleh buku cerita yang masih ada pada masa kini tidak relevan dengan perkembangan teknologi. Ini kerana semua pengetahuan kini boleh dicapai di hujung jari. Oleh itu, buku cerita ini diinovasikan kepada yang lebih mudah dan menarik serta sesuai dengan peredaran zaman, mempunyai ilustrasi yang menarik melalui gabungan pelbagai warna serta lukisan yang indah.

Buku cerita digital merupakan salah satu tarikan yang memberi nafas baharu seiring dengan arus teknologi kini. Buku cerita digital ini bukan sahaja menarik dengan pelbagai penggunaan warna, animasi, dan ilustrasi malahan ia mudah diperoleh terutamanya di laman sesawang. Selain itu, buku cerita ini juga dapat memberi keseronokan baharu kepada kanak-kanak kerana bukan sahaja dijelmakan dalam cara yang baharu tetapi juga sesuai dengan pendekatan kanak-kanak pada zaman moden ini. Oleh yang demikian, penggunaan buku cerita digital ini mampu meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun himpunan buku cerita kanak-kanak digital ini pada pautan muat turun pdf yang telah disediakan di bawah. Semoga ibu bapa dan anak-anak memperoleh manfaat dari bahan yang disediakan.

Dapatkan “HIMPUNAN BUKU CERITA KANAK-KANAK” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila downlaod secara PERCUMA :

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

himpunan buku cerita kanak-kanak

10 Faedah Membaca Untuk Kanak-kanak

1) Menambah Perbendaharaan Kata

Melalui pembacaan, anak akan terbiasa mendengar/melihat pelbagai perbendaharaan kata yang baru. Ini akan memperkaya kosa kata mereka dan membantu mereka dalam memahami berbagai perkara yang ada di sekitar mereka.

Hal ini juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk membuat otak agar lebih berkembang kerana anak dirangsang untuk memperkaya bahasa mereka.

Sebagai contoh, sebuah penelitian di Rhode Island Hospital, Amerika Syarikat, telah membandingkan dua kelompok bayi yang berusia lapan bulan.

Kelompok pertama adalah kelompok yang sering dibacakan buku cerita oleh orang ibu bapanya, manakala kelompok kedua sebaliknya. Hasil menunjukkan bahawa bagi kelompok pertama, kosa kata beserta pemahaman si bayi meningkat menjadi 40%, sedangkan kelompok kedua hanya meningkat 16%.

2) Meningkatkan Keterampilan Komunikasi

Dengan perbendaharaan kata yang semakin banyak, ia dapat membantu anak lebih mudah dalam berkomunikasi. Mereka akan lebih percaya diri dalam berucap kerana mereka kaya dengan berbagai kata dan perkataan. Malah, hal ini juga dapat membantu anak-anak untuk menyusun perkataan dengan baik.

Selain itu, sewaktu ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak, sebaiknya pembacaan tersebut berlaku dengan nada suara serta intinasi yang dapat didengar dengan baik oleh anak-anak (read a loud).

Kerana dengan read a loud, ibu bapa sebenarnya telah mengajarkan banyak keterampilan dalam berkomunikasi. Anak-anak juga akan belajar bagaimana cara untuk berkata-kata, mendengar dan membaca dengan baik.

3) Mengenalkan Konsep Baru

Berbagai konsep dalam kehidupan dapat ibu bapa kenalkan kepda anak-anak melalui membaca. Mulai dari pengenalan berbagai jenis warna, bentuk, huruf, angka dan lain-lain.

Malah, kebiasaannya, anak-anak yang bersifat inkuiri akan sering bertanya soalan sekiranya ibu bapa membacakan sesuatu konsep atau ilmu yang baru kepada mereka. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung sangat membantu anak-anak untuk memahami sesuatu konsep baru.

4) Melatih Kemampuan Berfikiran Logik

Membaca dapat melatih anak untuk berfikiran logik. Ketika ibu bapa membacakan buku untuk anak, mereka akan belajar untuk memahami sebab dan akibat, belajar untuk memahami konsep ilmu logik, serta berfikir secara abstrak. Anak juga akan belajar mengenai akibat dari suatu tindakan, dan hukum-hukum apa yang benar dan salah.

Biasakan anak untuk berani mengambil keputusan sendiri. Contohnya, anak dibacakan buku cerita tentang ‘Akibat membuang sampah merata-rata’. Dari bacaan tersebut, anak akan dilatih berfikir bahawa kalau mereka membuang sampah merata-rata akan menyebabkan kesan-kesan yang tidak elok, seperti banjir, penyakit dan pencemaran dan lain-lain.

5) Melatih Konsentrasi

Aktiviti membaca memerlukan perhatian yang cukup lama. Ini dapat melatih konsentrasi anak, bagaimana mereka tetap dalam posisi tenang, mendengarkan dan memproses informasi agar diterima dengan baik.

Bila anak sudah terbiasa sejak kecil dilatih konsentrasinya, maka ia akan lebih mudah untuk melaksanakan serta menyelesaikan suatu pekerjaan dengan hasil yang maksimum.

6) Mengembangkan Imaginasi dan Kreativiti

Membaca tentang aneka ragam kehidupan dapat membuka fikiran anak-anak. Informasi yang mereka terima dapat membantu mengembangkan kreativiti otak mereka. Ini kerana anak akan terpanggil untuk memiliki rasa ingin tahu terhadap sesuatu cerita atau ilmu baru yang diperolehi daripada pembacaannya.

Secara tidak langsung, ia dapat memotivasikan mereka untuk membuat suatu inovasi melalui daya imaginasi dan kreativitinya.

 7) Mewujudkan Hubungan dan Interaksi Antara Anak Dengan Ibu Bapa

Proses membaca buku merupakan proses komunikasi yang interaktif antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini membantu menjalinkan ikatan emosional antara kedua-dua pihak.

Anak akan merasa dihargai dan diberi perhatian dan dicintai oleh ibu bapa. Kebahagiaan itulah yang akan membuat mereka merasa dekat dengan kedua ibu bapa. Anak merasa memiliki sahabat terbesar dalam hidupnya yang setia menemani mereka dalam apa keadaan sekalipun.

8) Membentuk Akhlak Dan Nilai Sosial

Pembacaan juga merupakan salah satu cara untuk membangunkan karektor anak-anak. Pilih bacaan yang mengandungi nilai-nilai sosial. Dengan cara ini, anak dapat belajar untuk berperilaku dengan baik dan tahu berkenaan adab serta adat masyarakat.

Sebagai contoh, jika kakak bakal menerima adik baru, ibu bapa boleh memilih cerita yang bertemakan adik beradik dan kekeluargaan. Dari cerita itu, ibu bapa boleh mempersiapkan si kakak dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menerima kehadiran ahli baru dalam hidupnya.

Kakak perlu merasa bahagia dan berbesar hati kerana memiliki seorang adik. Bukannya perlu merasa iri hati serta merasa tersisih jika dia memiliki adik.

9) Memupuk Minat Membaca

Jika dari kecil anak-anak sudah terbiasa dibacakan buku oleh ibu bapa mereka, hal ini akan mendorong untuk anak-anak suka membaca buku jika mereka sudah pandai membaca sendiri. Ini kerana, mereka sudah terbiasa berada dalam lingkungan kondusif yang menmpengaruhi mereka untuk melakukan aktiviti membaca.

Hal ini akan memupuk minat serta budaya membaca dalam diri mereka. Pada tahap ini, amalan membaca bukanlah suatu hal yang harus dipaksakan lagi kerana kesedaran itu akan timbul sendiri dalam  diri anak betapa pentingnya membaca.

Malah, amalan membaca juga akan menjadi hiburan buat mereka. Dengan cara ini juga, mungkin menjadi satu terapi buat mereka. Ini kerana, membaca akan membuatkan anak dapat duduk dengan tenang. Malah dapat merehatkan minda serta tubuh mereka.

10) Meningkatkan Prestasi Akademik

Anak yang terbiasa dibacakan buku sejak kecil, tidak akan mengalami kejutan budaya sewaktu mereka memasuki zaman persekolahan. Sebuah data statistik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa anak-anak yang pintar di sekolah adalah seorang pembaca yang baik.

Malah mereka juga memiliki ibu bapa yang rajin membacakan buku kepada mereka. Kajian lain yang diterbitkan dalam Perspective Psychological Science pada Januari 2013 menyatakan bahawa, “Membaca pada anak-anak dengan gaya interaktif meningkatkan IQnya lebih dari 6 poin”.

Penutup

Sekian. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Himpunan Buku Cerita Kanak-kanak ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Permohonan Kemasukan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Koleksi Latih Tubi Lengkap Saolan SPM

Anak Mula Bersekolah? Ikuti 10 Pesanan Untuk Ibu Bapa

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More