Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Al Mulk (1-30) : Surah Munjiat (Penyelamat)

Al Mulk salah satu surah yang sering dilazimin dan dihafal malah dibaca sebelum tidur. Surah Al Mulk sangat popular kerana dikatakan bakal memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Jadi tidak hairanlah kenapa surah Al Mulk dikatakan sebagi surah penyelamat.

Isi Kandungan

Kelebihan Surah Al Mulk

Sering kita ketahui tidak kira surah mana, apabila namanya al-Quran pasti ada kelebihan dan kebaikan buat pembacanya. Begitu juga dengan surah ini. Menerusi hantaran dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan di laman sosial rasmi mereka turut menjelaskan kelebihan secara sfesifik surah Al Mulk ini.

Jelasnya, surah al-Mulk adalah salah satu daripada surah yang dikategorikan sebagai Surah Munjiat (Penyelamat). Surah ini terletak dalam al-Quran pada Juz 29 dan di antara kelebihan membaca surah ini ialah:Surah ini dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

al mulk
Al Mulk (1-30) : Surah Munjiat (Penyelamat) 4
  • Surah ini dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga ia diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْأن، ثَلَاثُوْنَ اَيَةً؛ تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ: تَبَارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ اْلمُلْكُ

“Ada surah dari Al-Qur’an yang terdiri dari 30 ayat. Surah tersebut dapat memberikan syafa’at bagi pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga ia diampuni dosanya, iaitu surah تَبَارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ اْلمُلْكُ (Hadis Riwayat Abu Daud).

  • Surah ini juga akan menjadi pembela kepada orang yang membacanya di Hari Akhirat sehingga pembacanya masuk ke Syurga Allah SWT. Sabda Nabi SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ

“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ (Hadis Riwayat Thabrani)

al mulk
Al Mulk (1-30) : Surah Munjiat (Penyelamat) 5
  • Surah ini menjadi penghalang bagi pembacanya daripada terkena azab kubur. Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَرَأَ تَبَارَكَ الذِّيْ بِيَدِهِ المُلْكُ كُلَّ لَيْلَةٍ مَنَعَهُ اللهُ بِهَا مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَكُنَّا فِيْ عَهْدِ رَسُوْلِ الله صلى الله عليه و سلم نُسَمِّيْهَا اْلمَانِعَةَ وَإِنَّهاَ فِيْ كِتَابِ اللهُ سُوْرَةٌ مَنْ قَرَأَ بِهَا فِيْ كُلِّ لَيْلَةٍ فَقَدْ أَكْثَرَ وَأَطَابَ

“Barangsiapa membaca surah تَبَارَكَ الذِّيْ بِيَدِهِ المُلْكُ setiap malam, maka Allah menghalangnya, sebab surah tersebut, dari seksa kubur, dan dahulu kami di zaman Rasulullah Saw. menamainya dengan Al-Mani’ah (penghalang). Sungguh surah tersebut bahagian dari kitabullah, barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan.” (Hadis Riwayat Nasa’i)

  • Surah al-Mulk adalah di antara Surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika hendak masuk tidur. Daripada Jabir beliau berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitulah antara kelebihan-kelebihan membaca Surah al-Mulk dan semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita mempelajari, mentadabbur dan mengamalkan Surah ini dalam seluruh kehidupan kita.

al mulk
Al Mulk (1-30) : Surah Munjiat (Penyelamat) 6

Penutup

Jika dilihat kepada kelebihan surah Al Mulk itu, jelas dapat kita simpulkan betpa besar ganjarannya buat kita. Jadi, sebelum tidur ambillah masa untuk membaca surah ini agar ia menjadi penyelamat kita di dalam kubur dan di akhirat kelak. Setiap orang beriman tidak boleh mengabaikan perihal di alam barzakh yang bakal dilalui satu masa nanti.

Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”

Jangan lupa juga baca surah al kahfi sebagai persediaan menghadapi dajjal nanti. Boleh baca di sini kelebihan surah al kahfi ya.

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat buat kita semua. Semoga beroleh kebaikan dunia serta selamat di akhirat sana kelak. Amin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More