Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Untuk Orang Sakit Yang Dianjurkan Oleh Rasulullah SAW

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa untuk orang sakit yang mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.

Isi Kandungan

Adab Ketika Ziarah Orang Sakit

Amalan yang paling disukai oleh Baginda Nabi Muhammad SAW adalah menziarahi orang yang sakit.

Ziarah orang sakit sebenarnya merupakan antara hak-hak yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim kepada saudaranya.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.”

Hadis Riwayat Muslim

Berdasarkan hadis diatas, jelas menunjukkan bahawa di antara hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim itu adalah menziarahi saudaranya yang sakit.

Daripada Ummu Salamah R.A, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ

Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”

Hadis Riwayat Muslim

Antara adab ketika menziarahi orang sakit adalah:

  • Niat yang ikhlas.
  • Memilih waktu yang sesuai untuk melakukan ziarah.
  • Tidak mengambil tempoh masa yang lama ketika ziarah.
  • Menundukkan pandangan pada perkara-perkara yang diharamkan.
  • Tidak banyak bertanya atau bercakap.
  • Menzahirkan kebimbangan dan keprihatinan terhadap orang yang sakit.
  • Ucapkan kata-kata yang baik.
  • Sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pesakit.
  • Tidak menceritakan aib pesakit kepada orang lain.

Baginda Nabi Muhammad SAW inginkan amalan menziarahi orang sakit ini menjadi amalan yang tidak ditinggalkan dan terus dilaksanakan oleh umat Islam pada zaman kini dan sehingga bila-bila.

Doa Untuk Orang Sakit

Ketika kita menziarahi orang yang sedang sakit, bacalah doa untuknya. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitannya.

Doa untuk orang sakit yang paling dianjurkan adalah doa ketika menjenguk orang sakit yang dibaca oleh Rasulullah SAW, iaitu: 

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيْكَ

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan yang mempunyai Arasy yang Agung, semoga Allah menyembuhkanmu”

Doa lain yang boleh dibaca untuk orang sakit adalah seperti berikut:

Doa Untuk Orang Sakit Yang Dianjurkan Oleh Rasulullah SAW 1
Doa Untuk Orang Sakit
Doa Untuk Orang Sakit Yang Dianjurkan Oleh Rasulullah SAW 2

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.

Artikel Berkaitan: Doa Untuk Orang Meninggal Dunia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More