Doa Taubat Kepada Allah SWT Ringkas & Lengkap

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa taubat yang mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.
Isi Kandungan
Maksud Taubat
Taubat, dari perkataan Arab “taba,” bermaksud kembali kepada Allah SWT dengan sepenuh hati, menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.
Taubat juga melibatkan perbuatan seperti beristighfar (memohon ampun), meninggalkan perbuatan maksiat dan beramal dengan perbuatan baik.
Menurut ajaran Islam, taubat yang ikhlas melibatkan tiga perkara utama, iaitu:
| Penyesalan | Merasa bersalah dan sedih atas perbuatan dosa yang telah dilakukan. |
| Berhenti Dosa | Meninggalkan perbuatan maksiat yang telah dilakukan dan tidak mengulangi lagi. |
| Azam Kuat | Berjanji dalam hati untuk tidak kembali melakukan dosa tersebut di masa akan datang. |
Daripada Ibn Abbas R.A.:
التَوْبَةُ النصوحُ الندمُ بالقَلْبِ، والاسْتِغْفَارُ بِالِسَانِ، والاقلاعُ بالبَدْنِ، والإِضْمَارُ عَلَى ألا يعودَ
Maksudnya: “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.”

Hukum Taubat
Hukum taubat adalah wajib bagi setiap individu, sama ada dosa itu berkaitan dengan Allah SWT atau pun sesama manusia.
Jika dosa melibatkan manusia, seperti mengambil harta orang, hendaklah memohon maaf kepada orang tersebut dan mengembalikan hak mereka.
Bertaubat daripada dosa hukumnya adalah wajib. Allah SWT berfirman:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Surah Al-Nur: 31
Hukum taubat berulang-kali adalah diharuskan kerana walaupun dosa seseorang terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya.
إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ
Maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.”
Hadis Riwayat Al-Bukhari
Namun, taubat yang dilakukan tersebut hendaklah benar-benar dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan serta merupakan satu keinsafan yang sesungguhnya.
Bukan hanya menyebut istighfar semata-mata sedangkan hatinya masih ingin berterusan melakukan maksiat.
Apa Itu Doa Taubat?
Doa taubat adalah permohonan keampunan kepada Allah SWT atas dosa yang telah dilakukan, dengan niat untuk tidak mengulanginya lagi.
Terdapat dua (2) doa taubat yang umum boleh diamalkan, iaitu sama ada doa yang singkat atau doa yang lebih panjang.
Doa taubat yang singkat adalah seperti berikut:
أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Aku memohon keampunan Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepada-Nya.”
Doa taubat yang lebih panjang pula adalah seperti berikut:
اللهم إني ظلمت نفسي ظلمًا كثيرًا، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، فاغفر لي مغفرة من عندك، وارحمني، إنك أنت الغفور الرحيم
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”
Cara Bertaubat
Membaca niat menunaikan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah SWT dan melakukan solat sunat taubat.
Selepas itu, membaca doa taubat yang ringkas atau lengkap setelah solat.
Apabila kita sudah bertaubat, merasakan penyesalan dan membuat janji untuk tidak mengulangi dosa tersebut adalah sangat diperlukan.
Istiqomah mengamalkan taubat berulang kali dan berdoa agar mendapat ketenangan hati serta tanda-tanda kebaikan setelah bertaubat.
Kepentingan Taubat
Berikut adalah kenapa taubat sangat penting untuk dilakukan, iaitu kerana:
- Taubat adalah cara untuk membersihkan diri dari dosa-dosa besar dan kecil.
- Taubat merupakan jalan untuk kembali kepada jalan ketaatan kepada Allah SWT dan meraih kasih sayang-Nya.
- Taubat yang ikhlas akan menghapus dosa-dosa yang telah lalu, asalkan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.
Selamat beramal!



