Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Al-Quran dan Sains di tahun 2024

SESUNGGUHNYA Al-Quran adalah petunjuk kepada setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini.  Ini telah terbukti dari hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar sejak sekian lama lagi.  Mereka terpegun dengan ketepatan Al-Quran dalam mencatatkan fakta sains.

Sememangnya tidak dinafikan setiap penemuan yang mereka temui, semuanya telah sedia tertulis di dalam AlQuran sejak ia diturunkan lagi.

Berikut adalah beberapa fakta sains yang diperakui bertepatan dengan yang terkandung di dalam AlQurran.

quran

Isi Kandungan

1.  ALAM SEMESTA

Fakta Sains –

Pada abad ke-20, Alexander Friedman (ahli fizik) dan George Lemaitre (ahli kosmologi) dari Rusia telah membuat kajian dan menemui alam semesta ini tidak statik sebaliknya akan terus berkembang dari masa ke semasa.

 

Al-Quran –

Perkara telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam surah Ad Dariyat ayat ke-47 :-

“Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya!”

2.  KEJADIAN MANUSIA

Fakta Sains –

Ahli biologi telah menemui bahawa manusia terjadi dari gabungan sperma dan ovum. Penemuan ini adalah hasil kajian oleh pakar dari barat pada tahun 1940.

 

Al-Quran –

Proses ini ada diterangkan dengan jelas dalam surah Al-Mukminun 12-14:

Lalu Kami menciptakan anak keturunannya berkembang biak dari air mani yang tersimpan kokoh dalam rahim hingga waktu kelahirannya”.

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim dalam perut perempuan.”

3.  MATAHARI DAN BUMI

Fakta Sains –

Para saintis telah sekian lama membuat kajian dan mendapati planet-planet mengelilingi matahari dan bulan mengelilingi bumi.

Mereka juga mendapati, planet-planet dan bintang mempunyai garis peredaran tersendiri.

Al-Quran –

Hal ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran sejak lebih 1,400 tahun dahulu lagi.

“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” -Al Anbiya 33

“dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” -Yaasin 38

4.  CAP JARI

Fakta Sains –

Sehingga kini masih lagi belum terungkai fakta mengenai cap jari manusia dan ia masih lagi menjadi misteri.

 

Al-Quran –

Perkara ini telah dinyatakan di dalam surah Al Qiyaamah 3-4

Patutkah manusia  menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?”

“Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

5.  RAHSIA BESI

Fakta Sains –

Ahli astronomi moden memperakui bahawa logam besi yang ditemui di bumi bukan berasal dari bumi sebaliknya ia adalah dari bintang-bintang di angkasa.

 

Al-Quran –

Penerangan mengenainya dinyatakan dalam Surah Al Hadid ayat 25 :-

“Dan kami menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan  yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia”

Semoga dengan huraian ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ketakwaan kita semua supaya lebih mendekatkan lagi kepada Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More