Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Biskut Almond London Gebu & Ranggup Berlemak

Berikut adalah perkongsian resepi mudah membuat biskut raya almond london untuk rujukan utama anda semua di luar sana.

Tidak lama lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Sudah pasti sekarang sudah ramai yang mula membuat kuih raya untuk disajikan pada Hari Raya nanti, bukan.

Namun dalam puluhan aneka kuih raya, ada beberapa jenis kuih raya yang pasti menjadi kegemaran ataupun dalam kata mudah ianya sangat laku keras pada Hari Raya.

Almond london merupakan antara kuih raya yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Badam panggang yang dibalut dengan adunan doh susu mentega dan kemudiannya disalut dengan coklat yang lazat pasti menjadi tarikan setiap lapisan umur.

Justeru, hari ini kami akan kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube.

Anda tahu tak resepi biskut ini daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang kami maksudkan ini?

Isi Kandungan

Resepi Biskut Almond London

Resepi biskut almond london mudah yang disalut dengan adunan doh biskut yang berlemak, gebu dan rangup dan dicelup didalam cairan coklat yang kemudiannya ditabur dgn hiasan badam cincang ini adalah perkongsian resepi daripada Che Nom.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi terkini daripada Che Nom.

Resepi Biskut Almond London Gebu & Ranggup Berlemak 1
Almond London

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat biskut almond london ini, adalah seperti berikut:

  • 250g Biji Badam
  • 100g Badam Cincang
  • 250g Mentega
  • 94g atau 3/4 Cawan Gula Icing
  • 2 Biji Kuning Telur
  • 250g atau 2 Cawan Tepung Gandum
  • 200g atau 4/5 Cawan Tepung Jagung (ATAU 3/4 Cawan + 1 Sudu Besar Tepung Jagung)
  • 2 Sudu Besar Tepung Beras
  • 50g atau 1 1/3 Serbuk Kepingan Jagung (Boleh juga diganti dengan Serbuk Badam)
  • 2 Sudu Besar Susu Tepung
  • 500g Coklat Masakan (Milk atau Dark Chocolate Compound) – Che Nom guna Jenama Beryl’s
  • 1-2 Sudu Besar Shortening

Cara Penyediaan

Cara-caranya adalah seperti yang berikut:

  1. Bakar badam dan badam cincang. Bakar biji badam pada suhu 150 °C selama 10 minit. Badam cincang masak lebih cepat daripada biji badam, jadi keluarkan badam cincang lebih awal.
  2. Kisar halus cornflake.
  3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
  4. Pukul mentega dengan gula ising.
  5. Masukkan kuning telur.
  6. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
  7. Masukkan serbuk cornflake dan susu tepung.
  8. Uli sehingga dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk.
  9. Rehat doh selama 10 minit.
  10. Bentukkan doh, cubit sikit, leperkan, letakkan badam di tengah dan tutup.
  11. Uli memanjang (dalam 2 cm panjang).
  12. Susun diatas dulang yang telah digris dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
  13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 170 °C.
  14. Apabila sudah siap dibakar, keluarkan dan sejukkan diatas cooling rack.
  15. Cairkan coklat masakkan menggunakan teknik double boil. Tambah lemak sayuran atau shortening kedalam coklat tersebut.
  16. Apabila coklat telah cair sempurna, angkat dan boleh celupkan biskut tadi.
  17. Celupkan biskut tadi menggunakan penyepit dan masukkan ke dalam cawan kertas. Anda boleh tuang coklat ke dalam cawan kertas, mengikut cara mana yang anda suka.
  18. Tabur dengan badam cincang dan sejukkan sepenuhnya terlebih dahulu sehingga coklat beku sebelum masukkan ke dalam balang kedap udara.

Info Tambahan

Anggaran Hasil125 Biji Biskut
Suhu Bakar170 °C
Masa Bakar 10 – 15 Minit
Jenis Api BakarAtas Bawah

Tips Hasilkan Biskut Almond London Yang Ranggup Berlemak

  • Panggang badam sehingga naik bau minyak badam dan alih-alihkan dalam oven sekali ketika sedang bakar.
  • Bakar almond pada suhu 150°C, selama anggaran 10 minit. Badam cincang atau almond nibs masak lebih cepat dari biji badam atau whole almond.
  • Boleh ganti majerin dengan planta atau sebagainya.
Resepi Biskut Almond London Gebu & Ranggup Berlemak 2
Almond London

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Semperit, Resepi Biskut Coklat Chip.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More