Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Amalan Sunnah Rasulullah SAW Bagus di Contohi

NABI Muhammad SAW ialah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah SWT untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Cara terbaik untuk mempamerkan rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW adalah dengan mencontohi sunnah dan petunjuk yang diajarkan oleh baginda.

Dengan menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan.  Malah diberi ganjaran pahala.

Berikut adalah antara Amalan Sunnah Rasulullah SAW yang Bagus dan Terbaik untuk di Contohi :-

Isi Kandungan

1.Sunnah Bangun Sebelum Subuh

Rasulullah SAW mengalu-alukan umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh dan lebih baik lagi jika dilakukan secara berjemaah.

Amalan ini memberi kebaikan yang baik untuk diri anda antaranya mendapat limpahan pahala dan rezeki, baik untuk kesihatan dengan menghirup kesegaran udara pagi serta memperkuatkan akal fikiran.

2.  Amalan Menjaga Kebersihan

Rasulullah SAW sentiasa  rapi dan bersih.

Pada setiap Khamis atau Jumaat, Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim).

Dari amalan ini, menuntut kita untuk kekal menjaga kebersihan diri demi untuk keselesaan semasa beribadat juga semasa melakukan aktiviti seharian.

3. Tidak Makan Berlebihan

Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan makan apabila tidak terlalu lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

4. Gemar Berjalan Kaki

Rasulullah SAW sentiasa berjalan kaki untuk ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah sahabat.

Ini bagus untuk diamalkan kerana banyak kebaikan yang kita akan dapat antaranya boleh membakar kalori dan peredaran darah berjalan lebih lancar.  Hasilnya, tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan dapat mencegah penyakit.

5. Sentiasa bersabar

Nasihat Rasulullah SAW pada umatnya, ‘jangan marah’ diulangi sehingga tiga kali.

Ini menunjukkan kesabaran adalah penting untuk kebersihan jiwa.

Contohilah Rasullah SAW, walaupun ditimpa pelbagai musibah semasa menyebarkan ajaran Islam, Baginda masih tetap sabar dan terus juga menyampaikan ajarannya.

6. Sentiasa Optimis dan Tidak Putus Asa

Sikap optimis dan tidak pernah putus asa Rasulullah SAW banyak memberikan kesan emosional yang mendalam bagi semua umatnya.  Kelapangan jiwa Baginda yang sentiasa istiqamah, penyabar, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SWT sememangnya menjadi idola setiap umat islam.

7. Tidak Pernah Iri Hati

Baginda sentiasa bersyukur dan mengelakkan perasaan iri hati kepada sesiapa pun.

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.

8. Sentiasa Memaafkan

Rasullah SAW sentiasa memaafkan kesalahan umatnya yang melakukan apa sahaja kesalahan contohnya menyakiti atau menganiaya Baginda.

Karektor pemaaf yang dimiliki  Baginda patut diteladani setiap manusia.  Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.

Amalan memohon maaf harus dilakukan tidak kira bila, tempat atau dengan siapa.  Semua manusia biasa tidak lari dari membuat kesilapan dan kesalahan maka janganlah malu atau segan untuk memohon maaf.

Perkongsian serba ringkas ini hanya sedikit daripada pelbagai lagi amalan sunnah Rasulullah SAW yang patut kita contohi.

Semoga dengan mengamalkannya InsyaAllah, Allah SWT akan permudahkan kita menuju ke syurgaNya.

Wallahualam~

sumber : AKU ISLAM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More