Tragedi Kemalangan Maut Anggota FRU Berulang Kembali

Berikut dikongsikan info terkini mengenai tragedi kemalangan anggota FRU yang baru pulang bertugas bertembung dengan lori muatan batu yang baru sahaja terjadi pada pagi tadi.
Isi Kandungan
Apa Itu FRU?
Federal Reserve Unit (FRU) atau dalam bahasa melayunya Unit Simpanan Persekutuan ialah pasukan kawalan rusuhan dan pasukan respons khas separa tentera yang boleh dikerahkan pada bila-bila masa untuk terlibat dalam sebarang kecemasan atau pergolakan awam di Malaysia.
Pasukan ini telah ditubuhkan pada 5 Disember 1955.
Bermula dengan tiga tentera, FRU telah berjaya mengatasi masalah ketenteraman awam seperti mogok dan rusuhan yang berlaku pada awal tahun 1950-an.
Sejak 1990 dan seterusnya, FRU juga memainkan peranan penting dalam menangani rusuhan terancang yang tercetus daripada penahanan Anwar Ibrahim.
FRU juga memainkan peranan dalam mengawal rusuhan bola sepak.

Tragedi Kemalangan Berdarah Anggota FRU Berulang Kembali Setelah 35 Tahun
Selepas lebih tiga dekad, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan insiden menyayat hati membabitkan kemalangan maut yang melibatkan anggota FRU pada pagi 13 Mei 2025 yang mana ia menggamit semula ingatan terhadap tragedi hitam di Lebuhraya Karak pada tahun 1990.
Dalam kejadian terbaharu, setakat ini seramai 9 anggota FRU dilaporkan maut dan 9 anggota FRU lain disahkan cedera selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Difahamkan, trak tersebut yang membawa 19 penumpang termasuk pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai melaksanakan tugas di bawah Op Chariot di Teluk Intan.
Sementara itu, pemandu trak FRU juga turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Senarai nama anggota FRU yang meninggal di tempat kejadian adalah seperti berikut:
- Sarjan S Perumal, 44 tahun.
- Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 tahun (meninggal dunia di zon merah Hospital Teluk Intan).
- Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41 tahun.
- Koperal Nurit Ak Pandak, 34 tahun.
- Koperal Amiruddin Zabri, 38 tahun.
- Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38 tahun.
- Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35 tahun.
- Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 tahun.
- Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28 tahun.
Manakala, senarai nama anggota FRU yang cedera adalah seperti berikut:
- Sarjan Mazlan Mat, 50 tahun.
- Sarjan Mohd Parih Ali, 44 tahun.
- Koperal Haslizal Mohd Ali, 44 tahun.
- Koperal Nizam Tarmizi, 38 tahun.
- Koperal Mohd Izwan Ishak, 39 tahun.
- Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39 tahun.
- Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32 tahun.
- Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34 tahun.
- Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26 tahun.
Insiden tragis ini secara tidak langsung membuka semula lembaran duka Tragedi Lebuhraya Karak pada 28 Februari 1990 yang telah meragut 11 nyawa anggota FRU daripada Trup 4B, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur yang dalam perjalanan untuk menjalani latihan ketika di Kuala Terengganu telah mengalami kemalangan di Kilometer (KM) 31 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Pahang.
Kemalangan tersebut telah melibatkan 12 buah kenderaan.
Ketika itu, trak yang membawa anggota terbabit dirempuh oleh sebuah bas ekspres yang hilang kawalan akibat kegagalan sistem brek ketika menuruni bukit. Nahas tersebut telah mengorbankan 15 nyawa, termasuk empat orang awam.
Siasatan Terperinci Akan Dijalankan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kemalangan jalan raya yang mengorbankan 10 anggota FRU di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.
Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihak polis juga akan mengambil langkah-langkah sewajarnya termasuk soal kebajikan keluarga anggota yang terkorban.
“Siasatan akan dibuat oleh polis mengikut prosedur operasi standard (SOP). Saya zahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Saya yakin keupayaan pihak polis untuk membuat siasatan dan ambil langkah-langkah sewajarnya. KDN ambil berat hal ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pondok Polis Kampung Beng di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.54 pagi.

Salam takziah buat seluruh keluarga anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan tragis di Teluk Intan ini.
Didoakan agar semua roh Allahyarham dikurniakan husnul khotimah dan dicucuri rahmat oleh-Nya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.