Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu GST? 8 Kebaikan GST Yang Anda Perlu Tahu

Apa itu GST? Mungkin ramai tertanya-tanya akan maksud GST. Dalam artikel ini, kita akan rumuskan dengan mudah apa itu sebenarnya GST.

Ianya dilaksanakan bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. GST mula dilaksanakan di negara Perancis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 negara telah melaksanakan GST. di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya. Ia merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan CJP.

GST yang telah berkuatkuasa pada 1 April 2015 melibatkan pembekalan berkadar standard sebanyak 6%, pembekalan berkadar sifar, pembekalan dikecualikan cukai, dan pelepasan daripada pengenaan dan pembayaran cukai. Penguatkuasaan cukai GST bertujuan untuk mentransformasikan sistem percukaian negara dan merangsang ekonomi negara yang semakin membangun untuk mencapai status negara maju.

Isi Kandungan

Apa Itu GST dan Kesan Pelaksanaan GST

GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax) merupakan cukai nilai tambah yang telah dimansuhkan di Malaysia pada 2018. GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP).

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Khazali Ahmad, pelaksanaan GST amat penting dan dapat merangsang ekonomi negara yang mapan supaya lebih berdaya saing di peringkat lokal dan global melalui mekanisma pungutan cukai yang lebih sistematik dan standard. Pelaksanaan GST adalah satu transformasi sistem percukaian dan menjadi titik tolak untuk negara Malaysia mencapai status negara maju serta mendokong Wawasan 2020.

Apa itu gst
Perbezaan SST dan GST. (Sumber Era)

GST Pernah Dimansuhkan

Keputusan jemaah menteri pada waktu itu adalah dibawah pimpinan Najib Razak yang dibuat secara konsensus dan bersepakat mahu melihat rang undang-undang ini dibaca dan dipersetujukan di Parlimen mengundang reaksi berbelah bahagi daripada pelbagai pihak terutamanya ahli parlimen pembangkang. Cukai GST dilihat tidak digemari ramai dan memberi kesan ketara kepada keputusan PRU 14. Kerajaan Malaysia kemudiannya menurunkan kadar GST kepada 0% pada 1 Jun 2018. Kerajaan Malaysia membentangkan rang undang-undang untuk memansuhkan GST untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2018. GST kemudiannya diganti dengan pengembalian semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) mulai 1 September 2018.

Apa itu gst
Dato Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika GST dilaksanakan. (Gambar Facebook)

Apakah Pula SST?

SST diperkenalkan menerusi Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Mereka berkuatkuasa sehingga digantikan oleh GST pada 1 April 2015, dan dijangka dikembalikan bermula 1 September ini. Kadar cukai jualan untuk barangan kini lima peratus, 10 peratus atau pada kadar lain yang ditentukan oleh kerajaan.

Sementara itu, kadar cukai perkhidmatan adalah enam peratus dan akan dikenakan ke atas perkhidmatan makanan dan minuman, insurans, perkhidmatan komunikasi, kelab swasta, hotel dan lain-lain.

Tidak seperti GST, cukai itu hanya dikenakan ke atas pengilang dan pengimport, bukan keseluruhan rantaian bekalan. Di samping itu, tiada peruntukan untuk menuntut kredit cukai input. Kerajaan berkata ia berharap dapat mengumpul RM21 bilion setahun melalui SST.

apa itu gst
Sumber Malaysia Kini

Kebaikan Sistem GST:

  1. MENGURANGKAN KOS PERNIAGAAN – Di bawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun dengan GST, peniaga dapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.
  2. MENINGKATKAN PEMATUHAN – CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.
  3. MENGURANGKAN KARENAH BIROKRASI – Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.
  4. MEMBERI KESAKSAMAAN – kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
  5. MENJADIKAN HARGA LEBIH BERPATUTAN KEPADA PENGGUNA – GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.
  6. MENJAMIN KETELUSAN – GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.
  7. KADAR DAN THRESHOLD GST
    Kadar GST : 6%
    Threshold GST : RM 500,000.00.
    Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM 500,000.00 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela adalah digalakkan.
  8. JENIS BARANG / PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST
    a) Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak
    b) Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
    c) Jual beli tanah pertanian
    d) Pendidikan
    e) Pengangkutan awam
    f) Perkhidmatan kesihatan

Sumber Info: Majlis Bandaraya Pasir Gudang

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More