Sumber Rujukan Globalisasi Anda

APDM IBU BAPA : KEMASKINI PROFIL MURID DI SPATKPM 2022/20223

Maklumat APDM KPM kini boleh dikemaskini secara atas talian melalui telefon pintar mahupun komputer riba.

Kemaskini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 18 Januari 2022 secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.

Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, hubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.

Rujuk Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022/2023 dan Cuti Akhir Penggal untuk maklumat terkini tentang tarikh pembukaan sesi persekolahan.

APDM

Isi Kandungan

APAKAH APDM UNTUK IBU BAPA?

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.

APAKAH TUJUAN KEMASKINI APDM IBU BAPA ATAU SPATKPM?

Antara tujuan kemaskini perlu dilakukan adalah :

  • Mengelakkan pengisian berulang kali
  • Mendapatkan paparan dan maklumat anak yang bersekolah
  • Mengetahui status kewangan pelajar
  • Membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar

BAGAIMANAKAH CARA KEMASKINI PROFIL APDM TERSEBUT?

  1. .Layari laman sesawang SPATKPM;
  2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama);
  3. Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar;
  4. Selepas selesai mendaftar, sila Login;
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
  6. Klik ikon Kemaskini Maklumat;
  7. Kemaskini maklumat berikut :
    • Profil Anak Jagaan
    • Alamat Anak Jagaan
    • Maklumat Penjaga
  8. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, buat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

APDM

APDM

APDM

Ibu bapa atau penjaga diingatkan untuk BERTANGGUNGJAWAB dalam membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat dengan memasukkan maklumat pendapatan yang betul agar dapat dibuat tapisan bagi pelajar yang layak menerima sebarang bantuan. Maklumat mestilah SAH DAN BENAR.

BAGAIMANA JIKA LUPA KATA LALUAN?

Jika terlupa password / username, anda boleh mendapatkan kata laluan melalui e-mel atau soalan keselamatan.

  1. Tekan Lupa Kata laluan -> Isi semua medan No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang “Mohon Kata Laluan”.
  2. Anda juga boleh memilih Tab Soalan Keselamatan atau Tab Padanan Anak.
  3. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran).

APDM

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian : 03-888 49 225;
  • Email : [email protected];
  • Rujuk Soalan Lazim SPATKPM / APDM Ibu bapa;
  • Jika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi “Lupa Kata Laluan”, sila e-mel kepada pihak admin dengan memasukkan subjek e-mel sebagai “E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan”.

Akhir kata, semoga perkongsian ini bermanfaat. Ibu bapa atau penjaga disarankan agar mengambil tanggungjawab untuk mengemaskini maklumat anak-anak yang masih bersekolah di APDM/SPATKPM tersebut. Pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan sahih sahaja.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More