Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TARIKH BUKA SEKOLAH KPM SESI 2022/2023 DAN CUTI AKHIR PENGGAL

Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022/2023 ini untuk dijadikan panduan memandangkan tarikh pembukaan sekolah dan cuti penggal yang berbeza dengan tahun-tahun sebelum.

Penggal 3 persekolahan akan dilaksana di mana sesi persekolahan bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga Mac.

Berikut dikongsikan tarikh buka sekolah bagi sesi 2022, untuk makluman bersama terutamanya bagi ibu bapa yang akan mendaftar anak ke prasekolah atau Tahun 1 nanti.

Lihat juga Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024.

Isi Kandungan

BILAKAH TARIKH BUKA SEKOLAH BAGI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 SESI 2021/2022?

KPM telah mengumumkan untuk menunda pembukaan sekolah penggal 3 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari ini kepada 9 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan A, manakala 10 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan B.

  • Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 9 Januari 2022 hingga 24 Februari 2022.
  • Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya : 10 Januari 2022 hingga 25 Februari 2022.

Sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan seperti demikian susulan pandemik, di mana penangguhan ini bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.

TARIKH BUKA SEKOLAH

 

TARIKH BUKA SEKOLAH

BILAKAH TARIKH BUKA SEKOLAH BAGI PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023?

Tarikh pembukaan sekolah KPM sesi 2022/2023 akan dibuka bermula Mac 2022. Oleh itu, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 bagi seluruh sekolah KPM di Malaysia.

Perkara ini diumumkan oleh KPM menerusi sebuah kenyataan media rasmi.

Berikut adalah Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 :

TARIKH BUKA SEKOLAH

TARIKH BUKA SEKOLAH

KALENDAR CUTI PERSEKOLAHAN (CUTI PERAYAAN) SESI 2022/2023

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2022 / 2023 yang diumumkan oleh KPM :

TARIKH BUKA SEKOLAH

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau info terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) :

Semoga bermanfaat. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah disarankan agar memberi perhatian terhadap tarikh-tarikh berkenaan sesi persekolahan tersebut. Sebarkan untuk manfaat bersama.

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More