Sumber Rujukan Globalisasi Anda

APDM Login: Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM 2024

Berikut merupakan makluman terkini berkaitan APDM login bagi tahun 2024 untuk makluman semua ibu bapa / penjaga, pelajar dan guru KPM di luar sana.

Isi Kandungan

APDM Login 2024

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara amnya merupakan satu Modul Pengurusan Murid yang diakses oleh guru-guru atau pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memasukkan e-kehadiran dan segala data berkaitan murid.

Sistem ini boleh diakses secara pantas melalui pautan rasmi Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online sahaja.

Bagi tahun 2024, berikut beberapa maklumat penting yang perlu ibu bapa / penjaga, pelajar dan guru-guru KPM tahu.

Para ibu bapa / penjaga juga boleh mengemaskini beberapa maklumat asas melalui sistem ini. Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah

  1. Profil Anak Jagaan.
  2. Alamat Anak Jagaan.
  3. Maklumat Penjaga.
  4. Asas Kesihatan.
  5. Perakuan Maklumat.
  6. Cetak BMM.
  7. Cetak Surat Persetujuan Kesihatan.

Siapakah Pengguna Utama APDM Login?

Selain pegawai pentadbir APDM di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), guru kelas dan seorang pegawai yang ditugaskan di sekolah merupakan pengguna utama dalam sistem APDM bagi mengendalikan maklumat murid dan sekolah masing-masing.

Antara maklumat murid yang dimaksudkan ini termasuklah

  • Biodata Peribadi Murid.
  • Kehadiran Murid.
  • Lain-lain.

APDM adalah berbeza dengan sistem SAPS ibu bapa kerana APDM lebih kepada untuk merekod kehadiran murid dan sebagainya manakala SAPS pula adalah untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Cara Login Sistem APDM Secara Online

Untuk login APDM, anda boleh rujuk panduan penggunaan di bawah.

Layari Laman Web APDMUntuk memulakan akses ke sistem APDM, anda perlu layari Aplikasi Pangkalan Data Murid.
Login Dengan ID Yang DiberikanLogin APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan.
ID Pengguna: Kod sekolah
(Gunakan huruf besar yang tiada spacebar. Sebagai contohnya, ABC1234)
Kata Laluan: ******
(Kata laluan adalah default password yang diberikan oleh sistem kepada Admin sekolah)
Tukar Kata LaluanAdmin sekolah disarankan supaya menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali atas sebab keselamatan akaun.
Login SemulaSelepas menukar kata laluan, login semula dengan menggunakan ID pengguna yang baharu beserta kata laluan yang telah ditetapkan.
Seterunsya login APDM semula dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang baharu, dan tekan butang HANTAR.
Untuk membuat tetapan selanjutnya, sila rujuk manual lengkap di SINI.
APDM Login

Cara Kemaskini Maklumat Murid Pada Sistem APDM

Tujuan kemaskini maklumat di APDM bagi ibu bapa / penjaga dan guru kelas adalah untuk

  1. Pengemaskinian maklumat online.
  2. Tiada pengisian maklumat berulang kali.
  3. Paparan bilangan anak yang bersekolah.
  4. Maklumat kesihatan anak.
  5. Pemantauan maklumat oleh ibu bapa / penjaga.
  6. Capaian boleh melalui mobile (responsif).

Berikut dikongsikan manual pengguna dan panduan untuk membuat pengesahan pengemaskinian maklumat ibu bapa / penjaga oleh guru kelas.

APDM Login: Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM 2024 1
APDM Login
APDM Login: Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM 2024 2
APDM Login
APDM Login: Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM 2024 3
APDM Login
APDM Login: Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM 2024 4
APDM Login

Sila rujuk juga infografik kemaskini APDM dibawah untuk kemaskini maklumat-maklumat yang lain.

Cara Mendaftar Dan Memadam Maklumat Pelajar

Berikut dikongsikan secara ringkas cara mendaftar maklumat murid melalui sistem APDM oleh guru kelas.

  1. Murid boleh didaftarkan ke dalam sistem ini melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.
  2. Semak sekiranya murid tersebut telah sedia ada di dalam senarai murid kelas tersebut. Klik nama murid. Profile murid dan profile ibu bapa / penjaga murid boleh dikemaskini.
  3. Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas, sila klik ‘Daftar Murid’ dan masukkan identiti murid sama ada nombor Kad Pengenalan, nombor sijil lahir, nombor passport atau tiada dokumen.
  4. Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.

Penggunaan Sistem APDM

Semestinya ibu bapa terutamannya tertanya-tanya kenapa perlu menggunakan sistem APDM ini dan apakah penggunaan sistem ini?

Antara penggunaan sistem ini adalah kerana

  • Aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah.
  • Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
  • e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
  • Selain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid di dalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android.

Justeru, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa / penjaga, pelajar dan guru-guru KPM di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More