Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sekolah Tutup Diseluruh Negara Hingga 17 Disember

Sekolah tutup sepenuhnya diseluruh negara termasuk Kolej Vokasional diarah tutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula esok (9 November 2020), menurut Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Menurut beliau untuk sekolah di negeri-negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, penutupan ialah hingga 17 Disember sementara negeri-negeri Kumpulan B  hingga 18 Disember.

sekolah tutup
Sumber dari Facebook Dr Radzi Jidin

”KPM mengambil maklum pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan sekolah tutup sepenuhnya seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis.

Sekolah Tutup 4 Minggu

”Tempoh PKPB ini adalah selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Manakala, PKPB di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

”Mengambil kira pengumuman tersebut serta takwim persekolahan tahun 2020, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B,” kata beliau.

sekolah tutup

Selain itu, negeri yang tidak melaksanakan PKPB iaitu Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut ditutup pada tarikh yang sama.

Walaupun begitu, jelas beliau, pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh penutupan tersebut akan dijalankan secara home based learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Tambah  beliau, pentadbir sekolah perlu memainkan peranan agar guru dan murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah selain guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

sekolah tutup

”Pentadbir sekolah perlu memastikan guru dan murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Di sepanjang tempoh ini juga guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing,” katanya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More